Page 73 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 73

Sejarah Semester 3  STPM  Bab 3  Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Bhg. B)
                                           8  Pengaruh golongan pongyi dalam masyarakat kaum tani amat kuat sehingga
                                              mereka dihasut supaya melancarkan kempen anticukai menentang kerajaan
                                              British. Lama-kelamaan, kaum tani telah menyertai perjuangan menentang
                                              penjajah British.
                                           9  Perjuangan nasionalisme Myanmar berubah dari corak sederhana
                                              kepada corak radikal dan agresif dengan kemunculan dua pemimpin pongyi,
                                              iaitu U Ottama dan U Wisara. U Ottama menuntut pemerintahan sendiri
                                              dan menyeru orang ramai menentang polis, mahkamah, dan pengutip cukai.
                                              Beliau menggunakan agama sebagai alat untuk menarik sokongan.
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                                          10  Pada tahun 1922, Sangha Sametggi telah bergabung dengan Majlis Umum
                                              Persatuan-Persatuan Myanmar (GCBA) untuk menentang Sistem Diarki.
                                              Mereka memulaukan pilihan raya pertama untuk memilih ahli-ahli Dewan
                                              Perundangan.  Seterusnya,  mereka  memulaukan  pilihan  raya  tahun  1925
                                              dan 1928. Dengan tegas dan berani, mereka menuntut kemerdekaan secepat
                                              mungkin.
                                          11  Suruhanjaya Simon yang ditubuhkan pada tahun 1928 mencadangkan
                                              pemisahan Myanmar dari India. Para nasionalis Myanmar tidak sepakat
                                              dalam isu ini, menyebabkan terdapat satu kumpulan yang menyokong
                                              pemisahan dan satu kumpulan yang anti-pemisahan.
                                          12  Kumpulan anti-pemisahan yang terdiri daripada Dr. Ba Maw dan U Khaw
                                              Myint membentuk Liga Antipemisahan kerana bimbang akan melambatkan
                                              dan membantutkan usaha Myanmar mencapai taraf berkerajaan sendiri.
                                          13  Pada tahun 1930 – 1931, berlaku Pemberontakan Saya San bertujuan untuk
                                              menggulingkan kerajaan British dan memulihkan agama Buddha. Walaupun
                                              pemberontakan  ini  gagal,  namun  pemberontakan  ini  telah  menyedarkan
                                              bangsa Myanmar akan kepentingan tradisi lamanya.
                                          14  Pengaruh golongan pongyi mula merosot pada tahun 1930-an. Kepimpinan
                                              gerakan kesedaran diambil alih oleh golongan politik dan berpendidikan
                                              Barat, iaitu golongan Thakin.
                                          15  Dobama Asiayone yang dipimpin oleh golongan Thakin mengamalkan taktik
                                              perjuangan Mahatma Gandhi di India, iaitu dasar tidak bekerjasama dengan
               Golongan Thakin melancarkan    pihak penjajah. Golongan radikal ini berazam untuk mencapai kemerdekaan
               kekerasan menentang Kuasa      mutlak bagi Myanmar. Dalam sejarah gerakan kebangsaan Myanmar, hanya
               Berikat. Blok Kemerdekaan
               menganjurkan sabotaj terhadap   golongan  Thakin  yang  berjaya  menyatukan  dan  memimpin  masyarakat
               persediaan perang kerajaan      Myanmar ke arah mencapai kemerdekaan.
               U Pu dan bergerak secara    16  Pada tahun 1936, pelajar-pelajar Universiti Rangoon di bawah pimpinan
               bawah tanah. Pertelingkahan
               terbuka berlaku antara U Pu    golongan Thakin mengadakan satu mogok untuk membantah Akta Universiti
               dengan Blok Kemerdekaan        1920. Mereka berjaya apabila permintaan untuk beberapa pindaan dibuat.
               pada tahun 1940.
           BAB                            17  Untuk mendapatkan sokongan petani dan pekerja, golongan Thakin
                                              menubuhkan Pertubuhan Petani-petani Myanmar dan menegaskan beberapa
          3                                   pembaharuan cukai bagi meringankan beban petani.
                                          18  Antara tahun 1938 – 1939, pekerja-pekerja perusahaan minyak dan
                                              pengangkutan sungai dihasut supaya melancarkan mogok menuntut kenaikan
                                              gaji dan syarat kerja yang lebih baik.
                                          19  Pada tahun 1939, golongan Thakin membentuk Blok Kemerdekaan bertujuan
                                              mencapai pemerintahan sendiri. Blok ini menyarankan kerjasama dengan





              374





         03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd   374                                                           28/10/2021   4:04 PM
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78