Page 14 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 14

Sejarah Semester 3  STPM  Bab 1  Masyarakat (Bhg. A)
                    6  Satu lagi kumpulan pembesar yang memegang kuasa yang luas di Pahang
                       ialah Orang Besar Raja. Mereka biasanya adalah orang kesayangan di istana               BAB
                       yang menjadi terkenal semasa peperangan. Contohnya, Imam Perang Rasul.
                       Beliau berjuang di pihak sultan semasa perang saudara di Pahang dan telah              1
                       meningkatkan imej pasukan tentera Pahang dalam peperangan tersebut.
                       Oleh sebab jasa tersebut, maka beliau telah dianugerahkan gelaran Orang
                       Kaya Imam Perang Indera Gajah Pahang atau Tok Gajah. Tok Gajah juga
                       dikurniakan kawasan Pulau Tawar dan Budu.
                    7  Seorang pembesar Pahang yang  tidak kurang pentingnya ialah Dato’
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                       Bahaman. Beliau merupakan panglima perang yang banyak berjasa kepada
                       sultan Pahang. Beliau telah membantu Bendahara Wan Ahmad dalam tiga
                       siri peperangan saudara di Pahang, iaitu pada tahun 1858, 1860, 1862,
                       serta Perang Klang di Selangor. Disebabkan kegagahan tersebut, beliau
                       dianugerahkan gelaran Orang Kaya Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan.
                       Beliau juga dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya
                       Indera Segara.

                   D   Sistem Pembesar di Kelantan
                    1  Di Kelantan, Sistem Jemaah Menteri wujud sejak pemerintahan Sultan
                       Muhammad 1 (1801 – 1836). Baginda telah melantik tujuh orang pembesar
                       untuk memudahkan dan melicinkan pentadbiran.                  Dapatkan maklumat tentang
                    2  Tujuh orang pembesar ialah:                                   Sistem Jemaah Menteri
                                                                                     di Kelantan di laman web
                       (a)  Long Kenal yang digelar Raja Bendahara Banggol.          berikut:
                       (b)  Long Ismail yang digelar Raja Kampung Laut.              https://ms.wikipedia.org/
                       (c)  Long Yusof yang digelar Raja Bukit Banor.                wiki/Corak_pemerintahan_
                       (d)  Long Tan yang digelar Tengku Aria Pahlawan.              Kelantan_lampau
                       (e)  Anak Penghulu Adas yang digelar Dato’ Kaya Hulubalang Kaduk.
                       (f)  Anak Mandor Mes yang digelar Dato’ Panglima Perang Londang.
                       (g)  Tengku Long Muda yang digelar Tengku Kota.
                    3  Sultan Muhammad II (1836 – 1886) telah memperkemaskan lagi sistem     INFO
                       pemerintahan dengan membentuk lapan badan Jemaah Menteri dan setiap
                       satunya dianggotai oleh empat orang pembesar. Setiap Jemaah Menteri
                       mempunyai bidang tugas masing-masing seperti berikut:
                              Jawatan                      Tugas
                        Jemaah Penasihat Raja  Menguruskan perkara dan urusan penting yang
                                            bukan rahsia.
                        Jemaah Menteri Istana  Menguruskan istiadat diraja dan istiadat rasmi di
                                            seluruh Kelantan.
                        Jemaah Menteri      Mengendalikan urusan penting tentang keadilan
                        Keadilan dan Kehakiman  dan kehakiman.
                        Jemaah Menteri Dalam   Menjaga keamanan negeri.
                        Negeri
                        Jemaah Menteri Luar  Menguruskan dasar dan hal-ehwal luar negeri.
                        Jemaah Menteri      Mengendalikan harta benda dan hasil mahsul.
                        Perbendaharaan
                        Jemaah Menteri      Menguruskan pertahanan dan keamanan negeri.
                        Peperangan
                        Jemaah Menteri      Menguruskan kemajuan dan pembangunan
                        Pentadbiran dan     negeri.
                        Pengimarahan Negeri


                                                                                                        11





         01(A) PraU SEJ P3 1P.indd   11                                                                28/10/2021   3:54 PM
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19