Page 16 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Ekonomi
P. 16

Ekonomi Semester 3  STPM  Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
                                             (b)  Pertumbuhan ekonomi terjejas
             BAB                                 (i)   Pengangguran dikaitkan dengan lompang deflasi. Semakin
           1                                          besar  lompang  deflasi,  maka  semakin serius  masalah
                                                      pengangguran dan semakin besar perbezaan antara
                                                      pendapatan negara potensi dengan pendapatan negara
                                                      yang sebenarnya dicapai. Pendapatan negara potensi ialah
                                                      pendapatan negara semasa guna tenaga penuh.
                          ’15(U)                 (ii)  Oleh itu, apabila pengangguran berlaku, kegiatan ekonomi
                                                      menjadi lembap, permintaan agregat berkurang dan berlaku
                        Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
                                                      lebihan penawaran barangan.
                                                 (iii)  Ini akan menyebabkan keupayaan sesebuah negara untuk
                                                      menikmati pertumbuhan ekonomi yang lebih  baik tidak
                                                      tercapai dan pertumbuhan ekonomi akan terjejas.
                                             (c)  Pendapatan per kapita berkurangan
                                                 (i)   Pendapatan per kapita diperoleh apabila pendapatan negara
                                                      dibahagi dengan jumlah penduduk.
                                                 (ii)  Apabila pendapatan negara berkurang disebabkan berlaku
                                                      pengangguran, maka dengan jumlah penduduk yang sama,
                                                      pendapatan per kapita juga akan berkurang.
               Kesan pengangguran            (d)  Taraf hidup akan merosot
               terhadap sosioekonomi:            (i)   Biasanya  taraf  hidup  diukur  dengan  menggunakan
               (a)  Pembaziran sumber
               (b)  Pertumbuhan ekonomi               pendapatan per kapita benar. Pendapatan per kapita benar
                  terjejas                            diperoleh apabila pendapatan negara benar dibahagikan
               (c)  Pendapatan per kapita             dengan jumlah penduduk.
                  berkurangan
               (d)  Taraf hidup jatuh            (ii)  Akibat daripada pengangguran, pendapatan negara akan
               (e)  Kemahiran buruh hilang            merosot dan pendapatan negara benar juga merosot. Ini
               (f)  Kadar kemiskinan                  menyebabkan taraf hidup masyarakat juga merosot.
                  meningkat
               (g)  Masalah sosial           (e)  Kemahiran buruh akan hilang
               (h)  Ketidakstabilan politik      (i)   Pengangguran yang berlaku menyebabkan kemahiran buruh
                                                      semakin hilang.
                                                 (ii)  Ini kerana pengekalan kemahiran buruh boleh dilakukan
                                                      jika buruh terus bekerja. Jika buruh tidak bekerja atau
                                                      menganggur, lama-kelamaan kemahiran yang sedia ada
                                                      akan hilang.
                                             (f)  Kadar kemiskinan meningkat
                                                 (i)   Pengangguran menyebabkan kadar kemiskinan meningkat.
                                                 (ii)  Kadar kemiskinan yang tinggi akan menjejaskan  usaha
                                                      kerajaan untuk membangunkan ekonomi negara kerana
                                                      sebahagian daripada perbelanjaan kerajaan yang sepatutnya
                                                      disalurkan untuk pembangunan negara telah digunakan
                                                      untuk mengatasi masalah kemiskinan.
                                             (g)  Masalah sosial
                                                 (i)   Pengangguran menyebabkan individu hilang pendapatan
               Jelaskan bagaimana masalah             bagi memenuhi keperluan diri dan keluarga.
               pengangguran boleh                (ii)  Hal ini akan membawa pelbagai masalah sosial seperti
               menyebabkan masalah sosial.
                                                      kecurian, rompakan, ragut, penipuan, dan sebagainya
                                                      apabila penganggur tidak dapat memenuhi keperluan asas
                                                      hidupnya. Mereka sanggup melakukan kegiatan anti sosial
                                                      ini untuk mendapatkan punca kewangan.



               14
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21