Page 22 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Ekonomi
P. 22
Ekonomi Semester 3 STPM Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
3 Walau bagaimanapun, upah bukan wang juga diamalkan pada zaman
BAB sekarang. Misalnya pekerja di sektor perkilangan, selain mendapat gaji
1 bulanan dalam bentuk wang, mereka juga mendapat upah bukan wang
seperti pakaian seragam, tempat tinggal, pengangkutan, perubatan,
dan sebagainya.
Upah Benar
1 Upah benar ialah kemampuan atau keupayaan upah wang untuk
mendapatkan barang dan perkhidmatan.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
2 Upah benar juga merupakan kuasa beli upah wang , iaitu upah benar
mengukur berapa banyak barang dan perkhidmatan yang boleh dibeli
dengan menggunakan upah wang tersebut.
3 Upah benar dapat dihitung dengan menggunakan rumus berikut:
Indeks harga pengguna tahun asas
Upah benar = × Upah wang
Indeks harga pengguna tahun semasa
4 Upah benar berkait rapat dengan perubahan harga barang dan
perkhidmatan di pasaran. Upah benar berhubung secara songsang
dengan harga barang di pasaran.
(a) Apabila harga barang dan perkhidmatan meningkat dengan upah
wang yang sama, maka upah benar turun.
(b) Sebaliknya, apabila harga barang dan perkhidmatan turun dengan
upah wang yang sama, maka upah benar meningkat.
5 Contoh 1
Andaikan pada tahun 2012, gaji yang diterima oleh seorang guru ialah
Jadual di bawah menunjukkan RM5 000 sebulan. Manakala pada tahun 2013, berlaku kenaikan harga
upah wang dan indeks harga
pada tahun 2010 dan 2012. barang 20%. Ini bermakna indeks harga pengguna pada tahun 2012
Upah Indeks dan 2013 ialah 100 dan 120. Berapakah upah benar guru tersebut
Tahun pada tahun 2013?
wang harga
2010 RM1 200 100 Penyelesaian:
2012 RM1 500 120 Indeks harga pengguna tahun asas
Upah benar = × Upah wang
Hitung upah benar pada tahun Indeks harga pengguna tahun semasa
2012. = 100 × RM5 000
120
= RM4 166.67
6 Berdasarkan contoh di atas, ini bermakna gaji yang diterima oleh
guru sebanyak RM5 000 sebenarnya boleh digunakan untuk membeli
barang dan perkhidmatan yang berjumlah RM4 166.67.
7 Contoh 2
Andaikan pada tahun 2011, gaji yang diterima oleh seorang buruh
ialah RM5 000 sebulan. Manakala pada tahun 2013, gaji buruh
tersebut ialah RM6 000 sebulan. Indeks harga pengguna pada tahun
2011 ialah 100 dan indeks harga pengguna tahun 2013 ialah 110.
(a) Hitung upah benar pada tahun 2011 dan 2013.
(b) Apakah rumusan yang boleh dibuat terhadap taraf hidup buruh
tersebut?
(c) Hitung kadar perubahan upah benar.
20

