Page 21 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Ekonomi
P. 21
Ekonomi Semester 3 STPM Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
(c) Langkah yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia merupakan
langkah yang sesuai dengan membuka tanah-tanah baharu untuk BAB
peneroka seperti yang telah dilaksanakan oleh FELDA, FELCRA,
KEJORA, KETENGAH, KESEDAR, dan sebagainya. 1
(d) Kesannya berpuluh ribu golongan petani dan peneroka telah
mendapat pekerjaan sekali gus menutup masalah pengangguran.
Faedahnya tidak terhenti untuk generasi pertama sahaja, malah
untuk generasi kedua dan generasi-generasi yang akan datang,
banyak peluang-peluang pekerjaan tersedia bukan kerja meneroka
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
tanah sahaja tetapi juga kerja-kerja hiliran seperti pemprosesan,
pembuatan dan perkhidmatan lain yang berkait dengan sektor
pertanian dan perladangan.
(e) Selain itu, pemodenan sektor pertanian perlu dijalankan supaya
para petani dapat meningkatkan kemahiran dan teknik-teknik
pengeluaran yang baharu.
8 Perancangan keluarga
(a) Langkah ini sesuai dilaksanakan di negara-negara yang mengalami
kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi sedangkan peluang
pekerjaan adalah terhad.
(b) Perancangan keluarga mengurangkan pertambahan bilangan
penduduk dan mengurangkan penawaran tenaga buruh. Apabila
penawaran tenaga buruh dapat dikawal, maka pengangguran juga
dapat dikawal.
(c) Walau bagaimanapun, langkah ini merupakan kaedah yang akan
menunjukkan kesannya dalam masa jangka panjang.
1.4 Upah
Upah Wang, Upah Bukan Wang, dan Upah Benar Hasil Pembelajaran
Upah Wang Mentakrifkan upah wang,
upah bukan wang, dan
upah benar.
1 Upah wang merupakan jumlah wang yang diterima oleh buruh atas
sumbangan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran
atau kegiatan ekonomi.
’14
2 Contohnya, seorang guru mendapat gaji sebanyak RM5 000 sebulan,
maka upah wang guru tersebut ialah RM5 000.
Upah Bukan Wang
1 Upah bukan wang pula merupakan upah yang diterima oleh buruh Upah
dalam bentuk selain daripada wang.
INFO
2 Upah bukan wang lebih dominan pada masa dahulu. Ini bermakna
pada masa dahulu majikan lebih cenderung membayar upah dalam
bentuk barang-barang yang dikeluarkan. Misalnya seorang buruh di
sektor penanaman padi, majikannya cenderung memberikan padi
sebagai upah.
19

