Page 17 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 17

Bahasa Melayu PT3  Bab 2 Pemahaman Teks
      Persoalan
        1. Bahasa berfungsi sebagai alat perpaduan – Bahasa dapat menyatupadukan manusia
          dan mengeratkan hubungan sesama manusia.
        2. Bahasa sebagai pembentuk akhlak manusia – Kita seharusnya menggunakan bahasa
          dengan baik kerana bahasa ialah gambaran akhlak kita.
        3. Masyarakat  berperanan untuk memelihara  bahasa  –  Kita seharusnya  memelihara
          bahasa kita supaya terus digunakan oleh generasi yang akan datang.
        4. Penggunaan bahasa  yang  indah memberi kesan kepada  masyarakat  – Masyarakat
          sedar bahawa  bahasa  dapat  menjadi  alat  untuk menyampaikan ilmu pengetahuan
          secara berkesan.
 Bab 2
      Bentuk
        1. Sajak ini terdiri daripada enam rangkap.
        2. Baris setiap rangkap sajak adalah dua baris.
        3. Setiap baris terdiri daripada dua patah perkataan hingga lima patah perkataan.
        4. Bilangan suku kata bagi setiap baris sajak ini ialah enam hingga sebelas.

      Gaya Bahasa
        1. Repetisi – Bahasa
        2. Kosa kata daripada bahasa Arab – ukhuwah dan ummah
        3. Inversi – bahasa berbudi sudah sepatutnya bahasa sudah berbudi
        4. Metafora – jambatan ukhuwah
        5. Personifikasi – bahasa tidak lokek pada ummah
        6. Hiperbola – tidak habis bahasa bermadah
      Nilai
        1. Kasih sayang – Kasih sayang terhadap bahasa sendiri.
        2. Kebersihan fizikal dan mental – Mengamalkan pertuturan yang sopan.
        3. Semangat bermasyarakat – Membina masyarakat  yang  bersatu padu melalui
          penggunaan bahasa yang sama.

      Pengajaran
        1. Kita hendaklah  memelihara  kedaulatan bahasa  agar  bahasa  kita dapat  terus
          bertahan hingga generasi yang akan datang.
        2. Kita haruslah  menggunakan bahasa  dengan  sopan kerana penggunaan bahasa
          menggambarkan akhlak kita.
        3. Kita mestilah menggunakan bahasa dengan berhemah kerana bahasa merupakan alat
          komunikasi yang dapat membina perhubungan yang baik dengan orang lain.
        4. Kita  haruslah  sedar bahawa  bahasa  turut mengalami  perubahan  demi memenuhi
          perubahan zaman.





  50                                                                                                                                                                                    51






 02a RANGER BM PT3.indd   50                                                      28/06/2019   9:17 AM
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22