Page 18 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 18

Bahasa Melayu PT3  Bab 2 Pemahaman Teks



         PRAKTIS      FORMATIF          2.1.6


          Berdasarkan sajak ‘Kunci Bahasa’ dalam antologi Kuingin Berterima Kasih, jawab soalan-
          soalan yang berikutnya.
            1.  Apakah maksud rangkap keempat sajak Kunci Bahasa?
             A  Penutur yang berbicara dengan bahasa yang betul dan penuh kesantunan.
             B  Bahasa  yang  maju  sentiasa  mengalami  perubahan  yang  dinamik  dan       Bab 2
                bersistematik.
             C  Penggunaan bahasa yang baik dan beradab akan menjadi pengikat hubungan
                sesama insan.
             D  Bahasa menjadi indah apabila lahir.
            2.  Apakah tema sajak Kunci Bahasa?
             A  Bahasa dan peranannya dalam masyarakat
             C  Bahasa berfungsi sebagai alat perpaduan
             B  Bahasa sebagai pembentuk akhlak manusia
             D  Bahasa yang bermaruah
            3.  Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menggunakan bahasa kita dengan
             baik?  KBAT
                    KBAT






        Analisis Prosa Tradisional

        2.1.7  Asal Padi
        Sinopsis


          Cerita ini mengenai dua orang anak yatim piatu. Anak yang sulung cacat kaki. Kakinya
          berkerekut dengan jari kaki bercantum dan tumitnya pula berlubang. Mereka hidup
          susah kerana harta pusaka ayah mereka telah dicuri. Mereka hanya mempunyai
          sebuah kolam ikan.
               Pada suatu hari, Si Bongsu pergi ke kolam. Dia melihat tujuh orang perempuan
          baru selesai mandi-manda di situ. Selepas itu, mereka mahu pulang ke kayangan. Si
          Bongsu mengikut mereka tanpa pengetahuan sesiapa. Sebaik-baik sahaja sampai di
          kayangan, kesemua perempuan itu hilang.
               Si Bongsu nampak sebuah sawah padi yang berkilau seperti emas. Si Bongsu
          meminta  padi  daripada  pemilik  sawah  itu  tetapi  tidak  dibenarkan.  Namun  begitu,
          pemilik sawah membenarkan Si Bongsu merasa padi. Si Bongsu memasukkan padi itu
          ke dalam mulutnya lalu melarikan diri. Walau bagaimanapun, dia berjaya ditangkap
          oleh pemilik sawah. Si Bongsu dipukul sehingga tumitnya luka dan berlubang. Dia tidak
          dapat pulang ke bumi. Dia bekerja dengan pemilik sawah itu sebagai penjaga padi.

 50                                                                                    51






 02a RANGER BM PT3.indd   51                                                      28/06/2019   9:17 AM
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23