Page 19 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 19

Bahasa Melayu PT3  Bab 2 Pemahaman Teks
            Si  Bongsu  memikirkan  cara  untuk  pulang ke bumi  dengan  membawa  padi.  Dia
        mengambil segenggam  padi lalu menyembunyikan padi-padi itu di dalam  lubang
        luka di tumitnya. Setelah itu, dia meminta kebenaran daripada pemilik sawah itu
        untuk pulang ke bumi. Pemilik sawah berpuas hati setelah memeriksa Si Bongsu lalu
        membenarkannya pulang.
            Apabila sampai di bumi, Si Bongsu mengeluarkan padi yang disembunyikannya di
        dalam tumitnya lalu menanam padi itu. Hasil tanamannya berhasil dan hidup subur,
        namun padi di kayangan pula tidak menjadi. Tuan punya sawah padi di kayangan itu
        menghantar burung pipit ke bumi untuk menyiasat masalah itu.
            Burung pipit makan padi yang menguning di bumi sebelum pulang ke kayangan.
        Burung  pipit  berbohong  kepada  pemilik  sawah  padi  di  kayangan  dengan  melaporkan
 Bab 2
        tiada tanaman padi di bumi. Tuan punya padi di kayangan tidak mempercayainya
        lalu menghantar Si Tekuri pula ke bumi. Si Tekuri mahu membunuh pipit jika pipit
        berbohong.
            Si Tekuri melihat ada padi di bumi. Si Tekuri mahu membunuh burung pipit kerana
        telah berbohong. Burung pipit melawan tetapi alah. Si Tekuri menyepit kerongkong
        burung pipit menyebabkan temboloknya teralih ke arah tengkuknya. Tembolok burung
        pipit berada di tengkuknya hingga sekarang.


      Tema
      Prosa tradisional ini bertemakan kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah. Si Bongsu
      berjaya  membawa  padi  yang  menjadi sumber makanan  utama  pulang  ke  bumi dari
      kayangan  dengan menggunakan akalnya,  iaitu dengan menyembunyikan segenggam  padi
      di dalam  tumitnya  yang  luka  dan berlubang. Dengan  kebijaksanaannya  itu, padi  yang
      ditanamnya hidup subur dan menjadi sumber makanan di bumi.

      Persoalan
        1. Ketabahan menghadapi cabaran hidup. – Si Bongsu dan abangnya tabah menghadapi
          cabaran hidup mereka yang yatim piatu dan kecurian harta.
        2. Berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang berharga. – Si Bongsu berusaha untuk
          membawa  padi pulang  ke bumi dengan memasukkan  padi ke dalam  tumitnya yang
          berlubang.
        3. Sikap suka berbohong membawa kesan buruk kepada diri dan masyarakat. – Perbuatan
          burung pipit yang berbohong mengenai tanaman padi di bumi menyebabkan burung
          pipit bergaduh dengan  Si  Tekuri.  Akibat  pergaduhan itu, tembolok burung  pipit
          teralih ke arah tengkuknya.

      Watak dan Perwatakan
        1. Si Bongsu (Watak utama)
          (a)  Si Bongsu anak terakhir daripada dua orang adik-beradik.
          (b)  Dia anak yatim.
          (c)  Si Bongsu rajin menjaga  kolam  ikan yang  dipusakai  daripada ibu
              bapanya.
          (d)  Si Bongsu juga berani. Dia berani mengikut tujuh orang perempuan
              balik ke kayangan.

  52                                                                                                                                                                                    53






 02a RANGER BM PT3.indd   52                                                      28/06/2019   9:17 AM
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24