Page 51 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 51
Bahasa Melayu PT3 Bab 2 Pemahaman Teks
(b) Hal ini menyebabkan Aswan berasa tercabar. Dia mahu menghasilkan mesin
ciptaan baharu semata-mata untuk menyaingi Amir dan Usamah.
(c) Aswan, Fikri, dan Majibon datang ke tempat Amir dan Usamah melakukan
projek ciptaan mereka. Amir menyambut kedatangan mereka dengan baik
dan memberikan penerangan mengenai projek itu. Namun begitu, Aswan lebih
tertarik untuk melihat bilik operasi Amir.
3. Klimaks
Amir terkejut apabila mendapati Formula Termodinamik untuk menghasilkan mesin
hilang daripada storan data.
4. Peleraian
(a) Amir dan Usamah berusaha untuk memperoleh formula itu
Bab 2
semula di pejabat ayah Amir di Putatan. Mereka berjaya
mendapatkannya dan berjaya menghasilkan mesin tersebut.
(b) Amir dan Usamah gembira apabila melihat penduduk kampung
menggunakan mesin tersebut.
(c) Kejayaan penghasilan projek itu menyebabkan Amir dan Usamah
terpilih sebagai penerima Anugerah Saintis Muda dan berpeluang
untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Watak dan Perwatakan
1. Amir (Watak utama)
(a) Amir penuntut politeknik di Putatan.
(b) Amir bijak. Kebijaksanaannya itu membolehkan dia menghasilkan mesin 2 dalam
1 yang berfungsi sebagai pemotong rumput dan pencangkul tanah.
(c) Amir penyayang. Dia sayang akan neneknya. Kasih sayangnya kepada neneknya
mendorongnya untuk mencipta mesin yang dapat memudahkan pekerjaan
neneknya.
(d) Selain itu, dia gigih untuk menjayakan projeknya. Dia bekerja keras untuk
menghasilkan mesin pemotong rumput 2 dalam 1. Apabila formula untuk
menghasilkan mesin itu hilang, Amir gigih mendapatkan formula yang baharu.
(e) Dia juga prihatin terhadap kesulitan orang lain. Dia membantu mangsa-
mangsa banjir kilat di kampung neneknya termasuklah Aswan yang telah
bersikap buruk terhadapnya.
(f) Amir juga pemaaf. Dia bersedia untuk memaafkan Aswan yang mencuri
formula menghasilkan mesin 2 dalam 1 miliknya. Dia tidak berdendam
terhadap Aswan.
2. Usamah
(a) Usamah sepupu Amir. Dia penuntut politeknik di Perak.
(b) Dia sedia bekerjasama. Usamah bekerjasama erat dengan Amir untuk
menghasilkan mesin 2 dalam 1 yang berfungsi sebagai pemotong rumput dan
pencangkul tanah.
(c) Usamah penyayang. Dia sayang akan neneknya dan menjaga neneknya di
hospital sehinggalah neneknya sembuh.
84 85
02a RANGER BM PT3.indd 84 28/06/2019 9:17 AM

