Page 45 - Ranger PT3 2022 - Bahasa Melayu
P. 45

Bahasa Melayu PT3  Bab 1 Sistem Bahasa
                    (j)  hendak seribu  daya,  tak hendak seribu dalih maksudnya  jika dikehendaki,
                       bermacam-macam ikhtiar boleh dijadikan dan demikian sebaliknya
                    (k)  kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa maksudnya
                       pengetahuan dan kelebihan tidak khusus pada orang tua-tua
                       sahaja
             Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
        Bab 1
                    (l)  manis jangan terus ditelan,  pahit  jangan terus dibuang
                       maksudnya  yang  kelihatan baik itu jangan terus diterima
                       dan yang nampak buruk itu jangan lekas ditolak
                    (m) masuk  kandang kambing mengembek,  masuk  kandang kerbau
                       menguak maksudnya  apabila  kita berada di  tempat  orang, kita
                       hendaklah mengikuti adat resam masyarakat di situ
                    (n)  sayangkan  anak tangan-tangankan, sayangkan  isteri  tinggal-
                       tinggalkan maksudnya  anak  yang  dimanjakan dan isteri yang
                       diuliti selalu itu akhirnya menjadi sombong, yang disayangi itu
                       janganlah dimanja-manjakan
                    (o)  yang  dikejar  tak  dapat,  yang  dikendong  berciciran  maksudnya  mengharapkan
                       sesuatu yang tidak pasti, lalu barang yang ada dibuang

               Perumpamaan
                 1. Perumpamaan  ialah  susunan kata  yang  indah, ringkas, dan mempunyai  maksud
                    tertentu.
                 2. Perumpamaan dimulai dengan kata bagai, bak, ibarat, laksana, macam, seperti, dan
                    umpama. Contoh:
                    (a)  bagai aur dengan tebing maksudnya perihal orang yang suka tolong-menolong
                    (b)  bagai  bulan dipagar bintang maksudnya  kecantikan makin terserlah apabila
                       dikelilingi oleh orang yang cantik
                    (c)  bagai bulan purnama empat belas maksudnya peri keelokan muka perempuan
                    (d)  bagai cincin dengan permata maksudnya sama padan
                    (e)  bagai isi dengan kuku maksudnya perihal persahabatan yang sangat karib
                    (f)  bagai layang-layang putus tali maksudnya sudah putus harapan
                    (g)  bagai menatang minyak yang penuh maksudnya dijaga dengan sempurna kerana
                       sangat dikasihi
                    (h)  bagai menghela  rambut dalam  tepung, rambut jangan putus, tepung jangan
                       berselerak maksudnya pekerjaan yang sulit harus dikerjakan dengan berhati-
                       hati sekali
                    (i)   bagai minyak dengan air maksudnya orang yang bermusuhan atau tidak sehaluan
                       mustahil dapat dicampurkan menjadi satu
                    (j)  bagai murai dicabut ekor maksudnya perempuan yang suka bercakap banyak
                    (k)  bagai pinang dibelah dua maksudnya pasangan  pengantin  yang  sepadan
                    (l)  bagai pucuk dilancarkan maksudnya sangat laju
                    (m) bagaimana  acuan  begitulah  kuihnya  maksudnya  anak mengikut sikap  dan rupa
                       ibu bapanya kerana faktor baka
                    (n)  bagaimana contoh begitulah gubahannya  maksudnya anak mengikut sikap dan
                       rupa ibu bapanya kerana faktor baka




                                                     38





         01 RANGER BM PT3.indd   38                                                         14/03/2022   9:09 AM
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50