Page 43 - Ranger PT3 2022 - Bahasa Melayu
P. 43
Bahasa Melayu PT3 Bab 1 Sistem Bahasa
1.5 Peribahasa Peribahasa
Bergambar
VIDEO
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
1. Peribahasa ialah untaian frasa yang terdiri daripada ayat-ayat yang pendek, indah
Bab 1
susunan katanya, dan menusuk kalbu pendengar.
2. Peribahasa mengandungi pengajaran, didikan, teguran, dan nasihat yang disampaikan
secara tidak langsung.
3. Terdapat empat jenis peribahasa, iaitu simpulan bahasa, bidalan, pepatah, dan
perumpamaan.
Simpulan Bahasa
1. Simpulan bahasa ialah bentuk peribahasa yang paling mudah dan terdiri daripada
dua patah perkataan.
2. Maksud simpulan bahasa berbeza daripada erti perkataan tersebut tetapi masih
berkaitan dengan perkataan-perkataan itu. Contoh:
(a) ada angin maksudnya berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
(b) ajak-ajak ayam maksudnya tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa
seseorang
(c) batu api maksudnya orang yang suka menghasut
(d) bekas tangan maksudnya hasil kerja tangan seseorang
(e) kera sumbang maksudnya orang yang tidak suka bergaul
dengan orang lain
(f) lintah darat maksudnya mengambil keuntungan
berlebihan atas pinjaman yang diberikan
(g) malu-malu kucing maksudnya berpura-pura malu di hadapan
orang
(h) membuka tembelang maksudnya menceritakan rahsia seseorang
kepada orang lain
(i) paku Belanda maksudnya barangan yang tetap harganya
(j) ulat buku maksudnya orang yang suka membaca
Bidalan
1. Bidalan ialah peribahasa yang tersusun kata-katanya dan terkandung dalamnya
perbandingan, teladan, dan pengajaran.
2. Bidalan mempunyai maksud yang tersirat di sebalik susunan kata-kata yang
membentuknya. Contoh:
(a) alah bisa tegal biasa maksudnya kerja yang sukar kalau sering dilakukan akan
menjadi mudah
(b) alang-alang mandi biar basah maksudnya membuat sesuatu pekerjaan biarlah
sehingga selesai
(c) hidup segan mati tak mahu maksudnya orang yang hidup melarat (miskin atau
selalu sakit-sakit)
(d) indah khabar daripada rupa maksudnya keadaan yang dikhabarkan berlebih-
lebihan daripada keadaan sebenar
36
01 RANGER BM PT3.indd 36 14/03/2022 9:09 AM

