Page 47 - Ranger PT3 2022 - Bahasa Melayu
P. 47
Bahasa Melayu PT3 Bab 3 Pemindahan Maklumat
BAB 3 Pemindahan Maklumat
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
3.1 Pengenalan
1. Dalam aspek pemindahan maklumat, terdapat tiga bentuk Perbandingan
soalan boleh dikemukakan, iaitu: Pemindahan
(a) Ulasan Maklumat PT3
(b) Ringkasan INFO
(c) Rumusan Bab 3
3. Bagi soalan bentuk Ulasan, satu bahan rangsangan diberikan. Murid-murid
dikehendaki untuk menulis ulasan berdasarkan bahan rangsangan tersebut. Contoh:
Lihat iklan di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam iklan
tersebut, tulis ulasan yang panjangnya …
2. Bahan rangsangan berbentuk petikan bagi soalan ringkasan dan rumusan,
manakala grafik berbentuk foto, jadual, rajah, dan sebagainya diberikan
bagi soalan ulasan.
4. Ringkasan bermaksud mengambil isi-isi penting daripada sesebuah
petikan dan menulisnya semula dalam satu perenggan.
5. Bagi soalan bentuk Ringkasan, satu petikan diberikan. Murid diminta
untuk menulis sebuah ringkasan berdasarkan kata kunci yang diberikan
dalam arahan soalan. Contoh:
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut,
tulis sebuah ringkasan tentang faedah-faedah melancong di negara
sendiri. Panjang ringkasan anda hendaklah …
6. Bagi soalan bentuk Rumusan, satu petikan diberikan. Murid diminta
untuk menulis satu rumusan berdasarkan petikan tersebut. Contoh:
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu
rumusan yang panjangnya ….
7. Bagi soalan ringkasan atau rumusan, murid-murid digalakkan untuk menggunakan
ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
8. Panjang ringkasan / rumusan murid-murid hendaklah tidak melebihi 100 patah
perkataan. Panjang ulasan murid-murid adalah antara 80 hingga 100 patah perkataan.
9. Masa yang dicadangkan untuk menulis ringkasan / rumusan / ulasan adalah 15 minit.
10. Markah yang diperuntukkan bagi soalan pemindahan maklumat ialah 15 markah.
211
211
03 RANGER BM PT3.indd 211 14/03/2022 9:11 AM

