Page 48 - Ranger PT3 2022 - Bahasa Melayu
P. 48
Bahasa Melayu PT3 Bab 3 Pemindahan Maklumat
3.2 Cara Menjawab Soalan Pemindahan Maklumat
3.2.1 Ulasan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
1. Teliti dan fahami bahan rangsangan dan maklumat yang diberikan.
2. Baca arahan soalan dengan teliti dan fahami kehendak soalan.
3. Analisis maklumat dalam bahan rangsangan yang merupakan isi-isi tersurat.
Kemudian, fikirkan isi-isi tersirat daripada isi-isi tersurat tersebut.
4. Tulis ulasan dengan binaan yang berikut:
(a) Pendahuluan
(b) Isi-isi
(c) Penutup / Kesimpulan
5. Pendahuluan ulasan haruslah ditulis dalam satu ayat yang ringkas mengenai tema
bahan rangsangan tersebut.
6. Isi-isi ulasan haruslah:
Bab 3
(a) mencakupi isi tersurat yang diambil secara langsung daripada bahan rangsangan
(b) mengandungi isi tersirat yang diperoleh secara tidak langsung daripada isi
tersurat
(c) isi tersurat dikemukakan terlebih dahulu, kemudian diikuti isi tersirat
(d) dihubungkan dengan penanda wacana yang sesuai
7. Kesimpulan atau bahagian penutup ulasan haruslah menggambarkan
idea daripada keseluruhan ulasan tersebut.
8. Murid haruslah ingat untuk:
(a) menulis ulasan dalam satu perenggan sahaja
(b) menggunakan penanda wacana supaya ulasan murid lebih
mantap
(c) menyemak ulasan yang ditulis dan membetulkan mana-mana
kesilapan ejaan, tanda baca, atau tatabahasa
3.2.2 Ringkasan
1. Teliti dan fahami petikan yang diberikan.
2. Baca arahan soalan dengan teliti dan fahami kehendak soalan.
3. Soalan ringkasan boleh secara berfokus, iaitu telah ditentukan isi yang perlu dicari
oleh murid ataupun tidak berfokus, iaitu secara umum.
4. Gariskan setiap isi penting berdasarkan kata kunci soalan. Isi biasanya terletak
pada awal perenggan atau selepas penanda wacana.
5. Elakkan daripada memasukkan huraian yang merupakan keterangan isi. Biasanya
huraian menggunakan penanda wacana seperti hal ini demikian kerana dan oleh itu.
6. Elakkan juga memasukkan contoh yang menggunakan kata seperti, misalnya, umpama,
dan sebagai contohnya.
212
03 RANGER BM PT3.indd 212 14/03/2022 9:11 AM

