Page 50 - Ranger PT3 2022 - Bahasa Melayu
P. 50

Bahasa Melayu PT3  Bab 3 Pemindahan Maklumat

                   3.3   Contoh Soalan dan Jawapan Pemindahan
                         Maklumat

               3.3.1  Ulasan
             Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                Model 1

               Gambar / Gambar Foto
               Lihat poster di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam poster
               tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.


                                 KEBURUKAN MEROKOK TERHADAP REMAJA
                                                                                      Bahaya
                                                                                      Merokok
                                                                               INFO

        Bab 3





















               Jawapan

               Tabiat merokok terutama dalam kalangan remaja memberikan  pelbagai
               kesan buruk. Mereka terdedah kepada pelbagai penyakit yang berbahaya
               seperti batuk, sakit jantung, kanser paru-paru,  dan  lain-lain. Hal ini
               akhirnya membawa maut kepada mereka. Selain itu, amalan merokok akan
               menghilangkan minat belajar kerana remaja mengalami  ketagihan rokok
               sehingga tidak dapat memberikan tumpuan terhadap pembelajaran. Malahan
               rokok juga akan membazirkan wang remaja. Mereka yang masih bergantung
               pada ibu bapa terpaksa mengikat perut semata-mata mahu membeli rokok.
               Kesimpulannya, tabiat merokok memberikan banyak kesan negatif kepada
               remaja dan seharusnya mereka menghindari tabiat ini.




                                                    214





         03 RANGER BM PT3.indd   214                                                        14/03/2022   9:11 AM
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55