Page 49 - Ranger PT3 2022 - Bahasa Melayu
P. 49

Bahasa Melayu PT3  Bab 3 Pemindahan Maklumat
                    7. Elakkan juga memasukkan isi-isi murid sendiri walaupun ada kaitannya dengan kata
                      kunci dalam soalan.
                    8. Susun isi mengikut kronologi sebagaimana yang terdapat dalam petikan.

                    9. Murid-murid  haruslah  mengemukakan  sekurang-kurangnya  lima  isi, tetapi murid-
             Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                      murid digalakkan  agar  mengemukakan  enam  isi asalkan  panjang  ringkasan tidak
                      melebihi jumlah perkataan yang ditetapkan.
                   10. Murid haruslah ingat untuk:
                      (a)  menulis ringkasan dalam satu perenggan sahaja
                      (b)  menggunakan penanda wacana supaya ringkasan murid lebih mantap
                      (c)  menyemak  ringkasan yang  ditulis dan betulkan mana-mana  kesilapan  ejaan,
                         tanda baca, atau tatabahasa.

                  3.2.3  Rumusan
                    1. Teliti dan fahami petikan yang diberikan.

                    2. Baca arahan soalan dengan teliti dan fahami kehendak soalan.                   Bab 3
                    3. Gariskan isi-isi tersurat yang terdapat dalam petikan dan kenal pasti isi-isi tersirat.
                      Bukan semua isi tersurat harus ditulis kembali oleh murid. Murid disarankan agar
                      menulis maksimum empat isi tersurat.
                    4. Murid  digalakkan agar menulis isi  tersurat  dengan  menyusun isi-isi itu  mengikut
                      tertib dengan menggunakan ayat yang gramatis dan lengkap.

                    5. Isi-isi tersirat dihasilkan berdasarkan isi-isi tersurat dalam petikan.
                    6. Jangan sekali-kali  memberikan  isi-isi tersirat dengan isi yang  terdapat dalam
                      petikan yang diberikan.
                    7. Murid seharusnya mengemukakan sekurang-kurangnya dua isi tersirat.

                    8. Setiap rumusan mestilah  mempunyai  ayat  penutup. Ayat penutup
                      mestilah terdiri daripada ayat cadangan dan ayat harapan.
                    9. Murid  boleh  menghasilkan satu, dua, tiga, ataupun empat
                      perenggan. Namun demikian, murid  digalakkan supaya  menulis
                      rumusan dalam empat perenggan seperti cadangan yang berikut:
                      (a)  Pemerengganan 1 – Pendahuluan
                      (b)  Pemerengganan 2 – Isi-isi tersurat
                      (c)  Pemerengganan 3 – Isi-isi tersirat
                      (d)  Pemerengganan 4 – Penutup / Kesimpulan
                   10. Murid haruslah ingat untuk:
                      (a)  menggunakan penanda wacana supaya rumusan murid lebih mantap
                      (b)  menyemak rumusan yang ditulis dan betulkan mana-mana kesilapan ejaan, tanda
                         baca, atau tatabahasa








                                                       213





         03 RANGER BM PT3.indd   213                                                        14/03/2022   9:11 AM
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54