Page 106 - PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH
P. 106

ALATUBAH ARUS

                                                                                                        106
            Alatubah arus (current transformer/instrument transformer) menggunakan prinsip alatubah untuk
            mendapatkan arus yang kecil tetapi dengan nisbah tertentu.

            Ciri-ciri alatubah arus ialah:


            a. Menghasilkan arus secondary yang jauh lebih kecil dari arus primary supaya ianya sesuai
              dengan geganti atau meter agar ianya bersaiz kecil, murah dan praktikal.
            b. Ia memberikan pengasingan dari voltan palang bas supaya geganti dan meter hanya perlu
              ditebat untuk voltan setakat 600V sahaja. Ini mengurangkan bahaya dan kos peralatan yang
              terlibat.
            c. Memberikan satu standard arus geganti atau meter iaitu 5A atau 1A supaya saiz dan
              kadaran geganti serta meter adalah sama walaupun kadaran arus palang bas berbeza-beza.


            Alatubah arus dipasang dipalang bas utama untuk mengesan nilai arus yang mengalir. Arus yang lebih
            kecil tetapi dengan nisbah tertentu akan keluar dari bahagian secondary dan masuk ke geganti.
            Bahagian primary adalah palang bas itu sendiri. Satu alatubah arus diperlukan untuk setiap fasa dan
            neutral untuk tujuan perlindungan dan satu alatubah arus lagi diperlukan disetiap fasa sahaja untuk
            tujuan pemeteran.


















                                            ALATUBAH ARUS

            Arus yang dikeluarkan dibahagian secondary oleh kebanyakan alatubah arus voltan rendah dan voltan
            tinggi sehingga 11,000V ialah 5A, tanpa mengira nisbah alatubah arus tersebut. Walaupun nilai arus
            pada palang bas terdapat berbagai-bagai nilai tetapi arus bahagian secondarynya distandardkan kepada
            5A. Untuk pemasangan voltan amat tinggi (33KV dan keatas), arus secondarynya dinisbahkan kepada
            1A dan ada juga 0.5A.
   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111