Page 105 - PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH
P. 105
Panduan Pemasangan Dan Senggaraan Kapasitor
- Sebelum membuka kapasitor dari dalam bank kapasitor, pastikan litar kawalannya telah dimatikan.
‘AWAS, Kapasitor boleh menyimpan cas elektrik yang agak lama’. Ia boleh mengecas anda
dengan voltan 415 Volt malah menghancurkan pen penguji anda jika tersalah menyambungkannya.
- Elakkan kapasitor dari terdedah kepada habuk, kepanasan dan kelembapan. Sekiranya persekitaran
105
lembab atau terdedah kepada wap kimia dan habuk, pemeriksaan lebih kerap perlu dilakukan ke atas
Bank Kapasitor.
- Sambungan terminal mestilah kukuh dan mesti diperiksa sebaik-baiknya sebulan sekali.
- Jika kerja-kerja penukaran kapasitor perlu dilakukan, semua suis radas hendaklah dimatikan. Pastikan
kapasitor dibuang cas (discas) terlebih dahulu atau berikan masa secukupnya untuk membolehkan
nyahcas sepenuhnya terjadi.
- Proses membuang cas kapasitor boleh dilakukan dengan menyambungkan dua mentol yang boleh
beroperasi pada bekalan 240 V secara siri dan sambungkan mentol-mentol tersebut pada setiap
terminal kapasitor.
- Kapasitor perlu diganti mengikut nilai microFarad (F) dan voltan yang betul. Kegagalan mengikut
nilainya yang betul akan menyebabkan kapasitor meletup.
- Periksa arus talian R, Y & B pada setiap kapasitor, nilai arus semestinya sama jika nilai microFarad
setiap fasa adalah sama. Kerosakan kapasitor dapat dikesan jika nilai arus fasa pada setiap kapasitor
berlainan.
Ujian Kepada Kapasitor
i. Kapasitor yang berkeadaan baik berkeupayaan untuk dicas dan buang cas.
ii. Ujian dijalankan dengan menggunakan jangka perbagai dengan melaraskan skala kepada bacaan ‘Ohm
x 100’ atau ‘Ohm x 10k’.
iii. Sambung penguji kepada dua terminal kapasitor, dengan berbuat demikian sedang mengecas kapasitor
kepada voltan yang sama dengan bateri yang terdapat dalam jangka penguji tersebut (3 V atau 9 V).
iv. Semasa proses mengecas, bacaan jangka pelbagai akan meningkat dan setelah cas dalam kapasitor
sama paras dengan voltan bateri, bacaan jangka pelbagai akan menurun.
v. Lepaskan punca jangka penguji dengan terminal kapasitor dan tukarkan skala jangka penguji kepada
‘DC’ Volt (3 V atau 9 V) dan sambungkan semula punca jangka dengan terminal kapasitor. Penunjuk
jangka akan menunjukkan bacaan nilai voltan yang dicas tadi (3V atau 9 V) kemudian penunjuk akan
menurun, ini menunjukkan kapasitor sedang dibuang cas.
vi. Bekalan voltan satu fasa atau tiga fasa boleh juga digunakan untuk menguji cas kapasitor dan buang
cas. Kaedah ini perlu lebih berhati-hati kerana menggunakan bekalan sebenar. Sebaik-baiknya lakukan
ujian dengan menggunakan bekalan ‘DC’ yang rendah dan sekiranya menunjukkan tanda-tanda yang
menyakinkan barulah uji menggunakan bekalan sebenar.
vii. Gunakan ‘Clamp-On Meter’, kelipkan pada setiap kabel sambungan kapasitor semasa disambung
kepada bekalan. Periksa bacaan arus yang diperolehi. Bacaan arus mestilah sama untuk setiap
sambungan kapasitor yang sama keupayaannya.
viii.Untuk mendapatkan lebih kepastian, perintang untuk ‘discas’ (buang cas) yang sedia terpasang
hendaklah dibuka terlebih dahulu supaya tidak mempengaruhi bacaan voltan yang diukur pada
kapasitor.
ix. Jika kapasitor ini mampu untuk dicas dan buang cas, ini menunjukkan kapasitor ini berkeadaan baik.

