Page 24 - PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH
P. 24
Fius.
Fius merupakan perlindungan arus berlebihan yang paling senang digunakan. Fius – fius yang biasa
24
digunakan adalah:-
a. Fius Rewireable iaitu sejenis fius yang paling ringkas dan murah yang masih digunakan secara
meluas di samping banyak keburukannya.
b.Fius cartridge adalah lebih berkemajuan dimana sukatan bagi penukaran elemen fius yang telah
ditetapkan oleh pihak Pengeluar. Dengan itu sukatan fius boleh diketahui dengan tepat dan elemen
fius susah luntur.
c.Fius H.R.C. merupakan fius yang berkebolehan menghindar arus-arus kerosakan yang berat
dengan selamat. Sifat-sifatnya boleh direka untuk disesuaikan dengan keadaan beban yang
digunakan. Fius-fius jenis ini biasanya digunakan bagi melindungi beban-beban industri yang
besar, kabel-kabel utama dan keadaan lain dimana kerosakan-kerosakan arus yang besar berlaku.
FIUS DAWAI FIUS KATRIJ FIUS HRC
SEMULA
Residual Current Circuit Breaker / Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB).
Residual Circuit Breaker membawa maksud perbezaan di dalam arus. Ini bermakna alat ini bergantung
terus kepada keadaan dimana terdapat perbezaan di antara arus (ketidak-seimbangan) yang masuk
melalui sesuatu beban dan arus yang keluar dari beban yang sama. Di dalam ertikata yang lain alat ini
hanya akan bertindak apabila mengalami keadaan yang tersebut di atas.
Sebelum alat dikenali dengan nama Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB) dan sekarang ianya telah
dikenali dengan nama Residual Current Device (RCD).
Contoh:
Sekiranya kita bekalkan arus sebanyak 5 A kepada sesuatu litar elektrik yang mempunyai beban
(gelung) dan didapati arus yang mengalir keluar ke bumi melalui bingkai alat (earth leakage) keadaan
ini dapat dikesan (detect) dengan menggunakan satu gelung barpandukan prinsip dimana arus yang
masuk ke dalam sesuatu system elektrik adalah sama dengan arus yang keluar dari sistem yang sama

