Page 25 - PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH
P. 25

Disediakan oleh AFZAMIZAN
             Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1




             Gelung ini dinamakan gelung pengesan (search coil) dimana sekiranya arus yang masuk adalah tidak
             sama dengan arus yang keluar, gelung pengesan ini akan dapat mengesan arus beza (Residual Current)
             untuk membuka sambungan ke beban.
                                                                                                        25
                                                                          C U RR E NT R A TIN G
                                                                            & S EN S ITIV ITY






                                                                                     TY PE A C W ITH
                                                                                       SY M B O L

                                                                                     IE C 61008 -2 -1
                                                                                    W ITH “SYM B O L”
















             Miniature Circuit Breaker (MCB).


             MCB digunakan sebagai gentian fius, bagi mengawal pemasangan domestic dan beban-beban kecil.
             Sifat-sifat MCB ialah:-


                    a.     Nilai terpelantik beban lebih di tetapkan oleh pihak pengeluar dan tidak boleh ditukar.
                    b.    Ia akan terpelantik bila berlaku beban lebih (overload). Tidak perlu ditukar, hanya perlu
                          di ON kan semula.
                    c.     Litar-litar yang rosak senang dikesan.
                    d.     Bekalan boleh dipulihkan dengan cepat dan mudah.






             Pemutus Litar Kotak Teracu (MCCB – Moulded Case Circuit Breaker).


             Dengan perubahan teknologi MCCB direka untuk pengguna dengan kadaran arus sehingga 400 A, dan
             dimasa akan datang kemungkinan ianya mampu membawa arus yang lebih tinggi lagi.

             Dari segi penggunaan MCCB adalah pengganti kepada fius, mempunyai beberapa kebaikan jika
             dibandingkan dengan fius, seperti MCCB hanya perlu di ON kan sahaja sekiranya ia memutus. Ketiga-
             tiga fasa akan memutus apabila berlaku beban lebih pada salah satu fasa maka masalah single phasing
             tidak berlaku. MCCB boleh melindungi arus bocor ke bumi dengan disambungkan pada CT dan
             geganti E/F (bergantung kepada binaan sesuatu MCCB), dengan itu masa senggaraan dapat
             dikurangkan dan kos dapat dijimatkan.
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30