Page 28 - PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH
P. 28

Ciri-Ciri Pelantikan

             Dua jenis pelantikan ialah pelantikan jangka masa lama dan pelantikan jangka masa sertamerta.
                                                                                                        28
             Piawaian British menghendaki MCCB dari jenis B.S 4725 seharusnya tidak berkendali ketika
             membawa arus kadarannya secara berterusan. Bagi MCCB yang mempunyai arus kadaran tidak
             melebihi 63A seharusnya tidak terpelantik dalam masa 1 jam (masa lazim) bila membawa arus 1.05
             kali arus kadaran, tetapi mesti terpelantik dalam tempoh jam berikutnya, jika arus meningkat ke 1.35
             kali ganda arus kadarannya. Bagi arus kadaran yang melebihi 63A, masa lazimnya menjadi 2 jam.

             Shunt Trip coil

             Salah satu dari beberapa assessori pilihan yang boleh dipasang didalam MCCB ialah shunt trip coil
             untuk tujuan perlindungan rosak ke bumi dan juga untuk pelantikan kawalan jauh (remote tripping).


             Untuk pelantikan rosak ke bumi, shunt trip coil hendaklah disambungkan kepada sesentuh pelantikan
             (tripping contact) sebuah geganti bocor ke bumi (earth leackage relay (ELR) atau Earth Fault Relay
             (E/F).


             Mekanisma Pensuisan, Kendalian (ON, OFF, RESET):

             Kendalian ON dan OFF boleh dilakukan dengan tangan. Bila pemutus litar telah terpelantik, asingkan
             kerosakan daripada litar, kemudian alihkan pemegang (handle) ke arah OFF untuk menempatkan
             semula (to reset) pemutus litar tersebut. Selepas kendalian RESET pemutus litar sekarang sudah
             bersedia untuk disuiskan ON. Rujuk rajah dibawah.












                                                                                ON
                                                                              T RIP


                                                                                O FF














             Penunjuk Terpelantik (Trip Indication)
             Sekiranya pemutus litar terpelantik secara otomatik, pemegang akan berada ditengah-tengah antara
             kedudukan ON dan OFF
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33