Page 31 - PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH
P. 31

Disediakan oleh AFZAMIZAN
             Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1




             Pemutus Litar Udara (ACB).

             Sekiranya Pemutus Litar Udara digunakan bersendirian tidak boleh memberi apa-apa perlindungan
                                                                                                        31
             kerana pemutus litar akan berfungsi sebagai pengasing sahaja. Ia hendaklah dilengkapkan dengan
             geganti beban lampau (O/C) dan geganti kerosakan bumi (E/F) dan dibantu oleh alatubah arus (Current
             Transfomer (C.T).


             Saiz Pemutus Litar Udara yang paling kecil adalah berkadar 630 A., biarpun saiznya 630 A tetapi ia
             boleh ditatah untuk 300 A asalkan alatubah arus ( C.T ) yang digunakan ialah 300/5 A atau penatahan
             dilakukan pada geganti beban lampau.


































             Pemutus Litar Udara hendaklah berfungsi apabila berlakunya arus lebih seperti yang telah ditetapkan
             seperti berikut:-

                        100 %     terus menerus. (to carry ).
                        120 %     Selama lima (5) minit. ( to trip with in 5 minit )
                        150 %     terpelantik serta merta. (to trip in 1 second ).

             Ujian menentukan penatahan ini dikendalikan oleh TNBD Bahagian Perlindungan atau Jurutera
             Perkhidmatan yang diiktiraf. Ujian dibuat pada tiga peringkat:-


                        a.Alatubah arus (C.T) di uji nisbah-nisbahnya.
                        b.Primary Injection.
                        c.Secondary Injection.


             Kerosakkan ke bumi dikesan oleh relay dengan menggunakan turutan kosong/zero. Peraturan tatah
             kebocoran ke bumi boleh dipilih dari 10%, 20% hinggalah 100%. Kebiasaannya tatah kebocoran ke
             bumi ditatah pada 10 %. Jika semasa pemasangan itu bebannya terdiri dari motor-motor maka tatah
             kebocoran ditetapkan pada 20% atau 30%.
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36