Page 43 - PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH
P. 43

GEGANTI (RELAY)

             Geganti adalah satu komponen perlindungan yang tugasnya menentukan pada tahap kerosakan
             bagaimana yang memerlukan pemutus litar bertindak memutuskan litar. Kerosakan yang kecil   43
             mungkin tidak merbahayakan dan boleh diabaikan seketika, oleh itu geganti tidak perlu memberi
             signal kepada gelong shunt trip untuk bertindak.


             JENIS-JENIS GEGANTI


             ◼      Time lag fuse
             ◼      Oil dash pot
             ◼      Instantenous overcurrent
             ◼      Instantenous earth fault
             ◼      IDMT overcurrent
             ◼      IDMT earth fault
             ◼      Solid state (Elektronic Relay)
             ◼      ELR (earth leakage relay)

             PRINSIP GEGANTI


             ◼      Haba (Fius dan thermal overload relay)
             ◼      Magnetik (MCB, MCCB, RCB)
             ◼      Haba dan magnetic (MCCB jenis tertentu)

             Geganti yang selalu digunakan terdiri dari pelbagai jenis dan tugas. Secara amnya geganti yang
             terdapat pada PSU adalah untuk perlindungan arus lebih, beban lebih dan rosak ke bumi.


             Prinsip kerja geganti adalah menggunakan kesan medan magnet (electromagnet) dan juga haba. Oil
             dash pot, induction disc dan induction cub adalah jenis-jenis geganti electromagnet, manakala
             thermal overload relay menggunakan kesan haba kepada bi-metal strip.

             Terdapat dua (2) jenis geganti utama dalam PSU.


             Instantaneous (sertamerta) O/C dan E/F.

             Memutuskan bekalan sebaik sahaja nilai kerosakkan mencapai tahap yang ditentukan (set value). Oleh
             itu ia tiada penatah masa.


             Geganti Lewat Masa (IDMT) O/C dan E/F.

             Mempunyai penatah masa oleh itu walaupun nilai kerosakkan telah mencapai tahap tertentu (set value)
             ia masih boleh berada dalam keadaan yang tidak memutuskan litar dalam beberapa jangka masa yang
             tertentu.
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48