Page 45 - PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH
P. 45
Disediakan oleh AFZAMIZAN
Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1
TIME LAG FUSE
Time lag fuse boleh di kata digunakan diperingkat awal sebelum terciptanya geganti-geganti yang lain
45
(Geganti generasi pertama). Sejenis fius yang tertentu kadarannya dipasang selari dengan gelong
pelantikan (trip coil). Didalam keadaan normal arus dari c.t akan mengalir melalui fius kerana gelong
pelantikan mempunyai galangan yang tinggi. Apabila kerosakan berlaku dan arus sekunder c.t
melebihi hadnya fius akan lebur. Oleh itu arus tadi tiada pilihan terpaksa melalui gelong dan
seterusnya menyebabkan trip contact menutup (close) dan membekalkan gelong shunt trip.
Terdapat satu dail untuk membuat tatahan arus dari 2.5A hingga 10A yang akan menyebabkan trip
contact menutup (close contact). Lazimnya tatahan ditentukan pada 3.75A (75% arus beban penuh).
Fius yang boleh digunakan adalah seperti berikut:
SWG29 2.5A
SWG22 5A
SWG21 7.5A
S1
S 2
TRIP TR IP S W G 22
C ON TAC T C OIL FUSE
S T S H U NT TRIP
C OIL
N S 2
Single line diagram Time Lag Fuse

