Page 41 - 17 Buku Panduan Guru Pendidikan Islam KSPK - 28 OGOS 2018
P. 41

4.3 Cadangan Pelaksanaan Aktiviti di Pusat Pembelajaran



                GPI  perlu  menyediakan  murid  sebelum  PdP  bermula  dan  membuat  persediaan
                seperti  berikut:

                 (i)   Memperkenalkan pusat pembelajaran
                 (ii)   Menjelaskan peraturan semasa melaksanakan aktiviti

                 (iii)  Menunjuk  cara  penggunaan  bahan  dan  peralatan  serta  memberi  peluang
                       murid meneroka



                Selain  itu,  GPI  perlu  memainkan  peranan  sebagai  fasilitator  dan  membuat
                pemerhatian semasa murid melaksanakan aktiviti pembelajaran dengan mengambil

                tindakan berikut:
                (i)    Memberi peluang murid memilih pusat pembelajaran

                (ii)   Memberi peluang murid meneroka di pusat pembelajaran
                (iii)  Membimbing dan berperanan sebagai fasilitator

                (iv)  Membuat  pemerhatian  semasa  murid  melaksanakan  aktiviti  dan

                       merekodkannya
                (v)    Memastikan  murid  menyimpan  dan  mengemas  bahan  dan  peralatan  yang

                       digunakan


                Pada akhir sesi pembelajaran, GPI digalakkan membimbing murid untuk membuat

                refleksi tentang isi pembelajaran yang telah diikuti dengan meminta murid berkongsi
                pengalaman dan hasil dapatan.


                Cadangan aktiviti PdP di pusat pembelajaran yang boleh dilaksanakan mengikut

                fokus Pendidikan Islam adalah seperti berikut:

                (i)     Talaqi Musyafahah
                (ii)    Membaca secara individu/ berpasangan/ berkumpulan

                (iii)   Menyebut huruf hijaiyah tunggal
                (iv)    Menyusun huruf hijaiyah tunggal dan berbaris

                (v)     Mengklasifikasikan gambar ciptaan Allah SWT dan buatan manusia
                (vi)    Menamakan anggota wuduk

                (vii)   Mewarna poster



                                                           28
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46