Page 43 - 17 Buku Panduan Guru Pendidikan Islam KSPK - 28 OGOS 2018
P. 43
UNIT 5
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN
ISLAM DI PRASEKOLAH
5.1 Pengenalan
Penerapan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) perlu bermula dari
peringkat prasekolah. Melalui aktiviti PdP yang berasaskan KBAT, murid dirangsang
supaya berfikir dan menyelesaikan masalah serta membuat keputusan. Murid yang
dirangsang berfikir dapat menilai tindakan yang akan diambil untuk memandu
mereka membuat keputusan dengan bijak dan memberi kesan positif kepada diri
dan orang lain.
KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai
dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT boleh dikenal pasti
dalam SK dan SP melalui pernyataan kata kerja tahap pemikiran dalam Taksonomi
Bloom.
5.2 Tahap Pemikiran Dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
SK dan SP yang digariskan dalam DSKP KSPK (Semakan 2017) memberi
penekanan kepada tahap pemikiran KBAT seperti dalam Rajah 2.
Mencipta
Menilai
Menganalisis
Mengaplikasi
Rajah 2: Tahap Pemikiran KBAT
30

