Page 16 - Modul Impresif Pantai Kasih Tingkatan 4 (1SVM)
P. 16

8.  Monolog Dalaman

                     Contoh:
                     •  “ Bagaimanakah persoalan ini boleh terlepas daripada pemerhatianku sebelum ini?”  tanya hati Raiha.
                        (hal.10)

                     •  “ Mana ada perniagaan yang murni? Kalau semuanya mahu pakai yang  murni-murni, sehingga bila
                        perniagaan  baru  hendak  maju?  Mengarut  sahaja  bapaku  kini,”  Uwang  berkata-kata  dalam  hatinya.
                        (hal.23)

                     •  “ Gila aku jika masih tercegak di dalam bilik ...” bentak hatinya. (hal.82)

                     •  “Alangkah baiknya jika aku benar-benar boleh melupakan segala peristiwa hitam pada malam yang
                        menggemparkan itu,” bisik Sister Felicia dalam hatinya... (hal.11)


               WATAK DAN PERWATAKAN

               Watak Utama
               Doktor Raiha / Raiha
               •  Seorang doktor  pakar bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) yang baharu berkhidmat selama 6 bulan
               •  Isteri kepada Doktor Sadiz dan ibu kepada Rohayu binti Sadiz.
               •  Berusia pertengahan 30-an, bertubuh tinggi lampai dan berambut ikal paras bahu.
               •  Anak kepada seorang doktor pakar bedah manakala ibu seorang jururawat. Ibunya meninggal dunia sewaktu
                  melahirkannya.
               •  Pernah  berkahwin  dengan  Doktor  Sadiz  selama  10  tahun.  Suaminya  merupakah  Pakar  Perunding
                  Pembedahan.
               •  Seorang yang berpendidikan tinggi dan profesional. Dia penuntut bidang perubatan, spesifikasi ortopedik
                  sewaktu melanjutkan pelajarannya di salah sebuah institusi pengajaian tinggi tempatan yang terkemuka.
               •  Seorang yang tegas dalam membuat keputusan. Dia tetap menjadi pakar bedah dan berkahwin dengan Doktor
                  Sadiz meskipun tidak direstui oleh ayahnya. Dia juga tetap meneruskan kandungannya walaupun tindakannya
                  itu ditentang oleh suaminya.
               •  Seorang yang  amanah. Doktor Raiha tetap melakukan pembedahan penggantian tulang pinggul terhadap
                  Unong  Siron  atas  arahan  Doktor  Uwang  walaupun  berpendapat  bahawa  hanya  Doktor Uwang  yang  layak
                  melakukan pembedahan itu.
               •  Seorang  yang  berani.  Doktor  Raiha  berani  melaksanakan  tanggungjawab  yang  diamanahkan  kepadanya
                  dengan melakukan pembedahan  kali  keenam penggantian  tulang  pinggul  terhadap  Unong  Siron  walaupun
                  berpendapat bahawa hanya Doktor Uwang yang layak melakukan pembedahan itu. Doktor Raiha juga berani
                  mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang yang lebih mementingkan keuntungan dan sikap Felicia Landosi
                  yang tidak mesra pelanggan.
               •  Seorang yang bertanggungjawab. Doktor Raiha menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab dan
                  dedikasi.  Doktor  Raiha  melakukan  pembedahan  kecemasan  terhadap  Doktor  Uwang  yang  kritikal  setelah
                  terlibat dalam kemalangan.
               •  Seorang  yang    gigih.  Doktor  Raiha  gigih  berusaha  menjadi  seorang  pakar  bedah  dan  berjuang
                  mempertahankan maruah diri daripada kekejaman suaminya, Doktor Sadiz.
               •  Seorang  yang  penyayang.  Doktor  Raiha  amat  menyayangi  anaknya  walaupun  anak  itu  tidak  normal.  Dia
                  sanggup melarikan anaknya daripada suaminya kerana tidak rela anaknya itu di hantar ke pusat rawatan khas
                  bagi kanak-kanak sindrom Down.
               •  Seorang yang prihatin / simpati / belas kasihan terhadap orang lain. Doktor Raiha prihatin akan nasib Unong
                  Siron yang terpaksa menjalani pembedahan sebanyak enam kali pada bahagian badannya yang sama. Dia
                  juga prihatin akan ibu Unong Siron yang bersedih atas nasib yang menimpa anaknya itu. Selain itu, Doktor
                  Raiha pernah menghantar Felicia pulang ke rumah kerana pada masa itu Felicia belum mampu memiliki kereta
                  sendiri.
               •  Seorang yang bijaksana. Doktor Raiha bijak menangani peristiwa seorang pemuda kurang siuman yang telah
                  menahan Felicia di bilik bedah dengan melarang pengawal merempuh bilik bedah demi keselamatan nyawa
                  Felicia.
               •  Seorang  yang  tabah  menghadapi  cabaran  dan  dugaan  hidup.  Doktor  Raiha  tabah  menghadapi  pelbagai
                  cabaran  dalam  usaha  untuk  melupakan  kenangan  pahit  yang  mengorbankan  anak  kesayangannya  dan
                  peristiwa hitam yang membawa kehancuran rumah tangganya bersama-sama Doktor Sadiz.


               16 | a z a n   G C B M K V W T - P a n t a i   K a s i h   2 0 2 0
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21