Page 22 - Modul Impresif Pantai Kasih Tingkatan 4 (1SVM)
P. 22
• Pada waktu tengah malam, kereta yang dipandu oleh Doktor Uwang melanggar tembok garaj PRPK
menyebabkan Doktor Uwang mengalami kecederaan parah.
• Doktor Uwang menerima panggilan kecemasan daripada Doktor Raiha pada pukul 11.45 malam. (hal.
136)
7. 7.30 malam
• Felicia melihat jam antik di ruang tamu. Sebelum itu, dia teringat kejadian Doktor Raiha ingin
menyelamatkan anaknya yang berada di dalam kereta yang sedang terbakar.
8. Menjelang dinihari
• Felicia berjumpa dengan Doktor Raiha dan memohon maaf daripadanya atas keterlibatannya dalam
kematian Ayu sehari sebelum sempat Doktor Sadiz menghantar Ayu ke pusat rawatan kanak-kanak yang
mengalami sindrom down. Atas arahan Doktor Sadiz, Felicia membeli petrol yang digunakan oleh Doktor
Sadiz untuk membakar kereta Porschenya itu.
9. Waktu Siang
• Doktor Sadiz melangkah dengan angkuhnya keluar dari mahkamah keluarga menuju ke arah kereta
baharunya yang dibeli sebelum dia terlibat dalam kemalangan maut dengan lori tangki minyak yang
berhenti secara tiba-tiba di kawasan lampu isyarat.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang bekerja dalam bidang perubatan
• Golongan ini diwakili oleh sebahagian besar watak dalam novel ini. Antaranya ialah Doktor Raiha, Doktor
Uwang, Doktor Sadiz, Doktor Mohammad, Doktor Alex Ng serta beberapa orang jururawat seperti Felicia
Londosi, Ariana Abdullah, Lisa Chung, Emmma Yong dan Kartini Borhan.
2. Masyarakat berpendidikan tinggi
• Masyarakat ini diwakili oleh Doktor Uwang, Doktor Raiha, Doktor Sadiz, Doktor Mohammad, dan Doktor
Alex Ng. Mereka merupakan pakar perubatan dan pembedahan yang bertugas di PRPK..
3. Masyarakat yang kaya dan hidup mewah
• Masyarakat ini diwakili oleh keluarga Datu Ontong termasuk anaknya, Doktor Uwang dan adiknya, Doktor
Sadiz serta keluarga Doktor Raiha. Mereka tinggal di rumah mewah dan memiliki kereta mewah seperti
Porsche dan Volvo 960. Selain itu, terdapat juga segelintir pesakit di PRPK yang terdiri daripada golongan
kaya seperti Datin yang dirawat di wad Super VIP.
4. Masyarakat kelas menengah bawah dan pertengahan
• Golongan ini diwakili oleh keluarga Unong Siron mendapat rawatan di PRPK menggunakan wang
pampasan insurans yang diterima setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya.
5. Masyarakat yang angkuh dan mementingkan kerjaya
• Doktor Sadiz tidak mahu memelihara anaknya, Rohayu dan ingin menghantar anaknya itu ke pusat
rawatan khas bagi kanak-kanak sindrom down kerana malu akan pandangan masyarakat terhadapnya
yang merupakan pakar bedah. Doktor Sadiz juga berasa angkuh apabila memenangi perbicaraan kes
penceraian dengan Doktor Raiha di mahkamah keluarga.
6. Masyarakat yang memandang negatif terhadap anak yang cacat
• Doktor Sadiz mahukan anaknya dihantar ke pusat rawatan khas bagi kanak-kanak sindrom down, malahan
pernah mendesak isterinya, Doktor Raiha menggugurkan kandungannya kerana keadaan anak mereka
yang tidak sempurna itu. (hal.88)
7. Masyarakat yang tidak mengenang budi
• Felicia tidak membenarkan Doktor Raiha menyentuhnya walaupun sebelum itu Doktor Raiha telah
menyelamatkannya daripada tahanan penceroboh di PRPK. (hal.134)
8. Masyarakat mementingkan keuntungan daripada nilai kemanusiaan
• Doktor Uwang merawat pesakitnya dengan motif mengaut keuntungan yang banyak. Dia membeli
peralatan yang murah dan berkualiti rendah untuk digunakan dalam pembedahan terhadap pesakit kelas
menengah bawah dan kelas pertengahan. Doktor Uwang juga sengaja melakukan pembedahan secara
berulang terhadap pesakitnya dengan tujuan memperoleh keuntungan. (hal.140)
22 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

