Page 24 - MODUL Impresif Sejadah Rindu Tingkatan 5 ( 2 SVM )
P. 24
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
Pengajaran
• Kita mestilah sabar menghadapi apa-apa cabaran yang menimpa kita agar dapat menjadikan diri kita lebih
kental.
• Janganlah kita mengabaikan tanggungjawab menjaga ibu bapa semasa tua agar mendapat keredaan Tuhan.
Rangkap 3
Aku bagi mereka
tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.
Maksud
Penyajak berasa bahawa dirinya sebagai seorang ibu seolah-olah tidak bermakna kepada anak-anak
kandungnya sendiri. Namun, penyajak berdoa agar anak-anaknya diberi keinsafan atas kesilapan yang
dilakukan oleh mereka agar tidak terus menjadi anak derhaka supaya duka dihatinya terubat. Penyajak juga
berharap anak-anaknya sedar bahawa hidup di dunia ini tiada yang kekal, semua orang pasti mati kecuali
Tuhan.
Persoalan
• Kasih sayang dan harapan ibu bapa kepada anak-anak
• Kesedaran bahawa Tuhan sahaja yang kekal.
Nilai
• Kasih sayang – Penyajak tetap sayang akan anaknya walaupun anaknya itu melupakannya dan sentiasa
mendoakan kesejahteraan mereka.
• Keinsafan – Penyajak sedar dan insaf bahawa yang kekal hanyalah Tuhan.
• Bertanggungjawab – Penyajak seorang ibu yang bertanggungjawab terhadap anak-anaknya dengan
mendoakan mereka agar dikurniakan keinsafan.
Pengajaran
• Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
• Kita hendaklah berasa insaf dan sedar bahawa kehidupan di dunia hanya sementara dan yang kekal hanyalah
Tuhan.
• Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap anak-anaknya dengan mendoakan mereka agar dikurniakan
keinsafan dan kerahmatan.
TEMA
Kesunyian hidup yang dilalui oleh golongan warga tua yang sentiasa mendambakan kasih sayang daripada anak-
anaknya serta berharap agar anak-anaknya datang menjenguknya. Hal ini dikatakan demikian kerana penyajak
berasa sedih dan pilu serta kesunyian pada usia tua. Dia berharap agar anak-anak dapat melawatnya dan
memberikan kasih sayang kepadanya sebagaimana dia menyayangi anak-anaknya sewaktu mereka kecil dulu.
azan ab latif GCBM KVWT 24

