Page 23 - MODUL Impresif Sejadah Rindu Tingkatan 5 ( 2 SVM )
P. 23

SEJADAH RINDU]  Tingkatan 5 / 2 SVM

                                                  ERTI HIDUP BERERTI
                                                       Teo Wei Sing
               RANGKAP 1
               Aku selalu didatangi
               malam sepi
               bagai kalung
               yang melingkari leherku
               tidak berubah keesokan hari
               siapa yang akan datang menjengukku
               keluhan seorang tua sunyi.

                  Maksud
                  Penyajak berkata bahawa setiap malam yang dilaluinya  begitu sunyi.  Pada waktu siang juga, keadaan itu
                  tidak berubah  kerana tidak ada sesiapa yang akan menziarahinya. Penyajak bertanya-tanya pada dirinya
                  sendiri jika ada orang yang akan datang melawatnya.

               Persoalan
               •  Kesepian hidup sendirian pada usia tua.
               •  Penderitaan ibu bapa yang diabaikan.
               •  Nasib warga tua yang dipinggirkan oleh anak-anak.

               Nilai
               •  Ketabahan – Penyajak tabah mengharungi kehidupan seorang diri dan kesunyian tanpa dihiraukan oleh anak-
                  anak.

               Pengajaran
               •  Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan terutamanya ketika menghadapi usia yang
                  tua.


               Rangkap 2
               Keheningan tasik
               kehijauan rumput
               hanya menjadi bayangan
               di penjuru ruang zaman
               cinta dalam rahim dilupai
               dari sulung ditendang ke bongsu
               dari angah ditendang ke sulung balik
               kucari erti hidup
               menderita mengerang sakit
               berdiri tanpa ruang.

                 Maksud
                 Penyajak  membayangkan  ketenangan  hidup  yang  pernah  dilaluinya  pada  usia  muda.  Pada  usia  tua,
                 penyajak  meluahkan  rasa  kecewa  terhadap  anak-anak  yang  kian  melupakan  ibu  yang  pernah
                 mengandungkannya. Anak-anak tidak mahu bertanggungjawab menjaga ibu yang sudah tua sebaliknya
                 menghantar dari rumah seorang anak ke rumah seorang anak yang tidak mahu menjaganya dengan lama.
                 Hal ini menyebabkan penyajak berfikir tentang erti kehidupan sebagai ibu yang sebenar kerana dia tidak
                 mempunyai tempat untuk mengadu sakit.

               Persoalan
               •  Sikap anak-anak yang mengabaikan tanggungjawab untuk menjaga orang tua.

               Nilai
               •  Kesabaran - Penyajak sabar menghadapi kerenah anak-anaknya yang tidak bertanggungjawab.


                                                                               azan ab latif GCBM KVWT   23
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28