Page 26 - MODUL Impresif Sejadah Rindu Tingkatan 5 ( 2 SVM )
P. 26

SEJADAH RINDU]  Tingkatan 5 / 2 SVM

                                                    KUDUP PERANG
                                                       Tuah Sujana


               Rangkap 1
               Sementara dia bergelar panglima
               laskar perang; yang terus-menerus                            Info kata :
               membajakan kezaliman – sering
                                                                            Kudup
               mengudupkan putik dendam                                       kuntum ( bunga )
               kita masih perlu berterima kasih
               kepada jari-jemari takdir                                    Perang
               kerana membenarkan sepasang mata                               Peperangan boleh juga membawa
               untuk berlari dengan tangan bergari                            maksud perebutan kuasa antara dua
               sempat juga menadah sejambak puisi                             pihak  atau pemimpin yang ingin
               untuk sehari lagi; sambil bertanya;                            menguasai sesebuah organisasi atau
                                                                              negara.
               siapakah pahlawan yang asli?

                 Maksud
                 Penyajak mengatakan bahawa pemimpin perang yang sedang berkuasa akan sentiasa membuat kezaliman
                 dan menyimpan perasaan dendam. Walau bagaimanapun, penyajak menasihati kita agar bersyukur kerana
                 walaupun dalam keadaan dikongkong dan disekat kebebasannya, kita mempunyai kebebasan bersuara dan
                 kebebasan menulis tentang perdebatan pahlawan yang sebenarnya.

               Persoalan
               •  Peperangan hanya akan mewujudkan perasaan dendam sesama manusia.
                  Peperangan menyebabkan berlaku tipu daya dan muslihat serta membangkitkan perasaan dendam antara
                  satu sama lain.
               •  Persoalan ketidakadilan pemimpin.
                  Pemimpin  bertindak  tidak  adil  dan  menzalimi  mereka  yang  menentang  dasar  kepimpinannya.  sehingga
                  menimbulkan perasaan dendam.
               •  Usaha mencari kebenaran tentang pahlawan dan pengkhianat yang sebenarnya.
                  Kita  mempunyai  kebebasan  bersuara  dan  kebebasan  menulis  tentang  perdebatan  pahlawan  yang
                  sebenarnya.

               Nilai
               •  Kesyukuran - Walaupun dalam keadaan dikongkong dan disekat kebebasannya, kita mempunyai kebebasan
                  bersuara dan kebebasan menulis tentang perdebatan pahlawan yang sebenarnya.
               •  Keberanian  -  Penyajak  berani  menghadapi  risiko,  ditangkap  dan  digari  untuk  menuntut  keadilan  dan
                  membetulkan kesalahan dalam usahanya mencari kepastian antara pahlawan dengan pengkhianat.

               Pengajaran
               •  Kita haruslah bersikap adil dan saksama ketika menjadi pemimpin supaya tidak berlaku kezaliman.
               •  Kita hendaklah bersyukur kerana masih  mempunyai kebebasan bersuara dan kebebasan menulis meskipun
                  berada di bawah pemimpin yang zalim.
               •  Kita hendaklah berani berhujah dan menghadapi risiko demi menuntut keadilan dan membetulkan kesalahan
                  yang berlaku.


               Rangkap 2
               Memang kita tidak sempat menjenguk
               ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus
               ringkik kuda, gemerincing
               pedang pusaka
               dan darah yang tiba-tiba membuak
               di daerah angkara – perciknya
               menumbuhkan kelopak rahsia

                                                                               azan ab latif GCBM KVWT   26
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31