Page 28 - MODUL Impresif Sejadah Rindu Tingkatan 5 ( 2 SVM )
P. 28

SEJADAH RINDU]  Tingkatan 5 / 2 SVM

               Pengajaran
               •  Kita hendaklah berani untuk mencari jawapan yang sahih agar tidak membuat keputusan yang salah
               •  Kita hendaklah mengadili  sesuatu tindakan yang dilakukan oleh seseorang pejuang dengan saksama agar
                  tidak  memberikan kesengsaraan dan penderitaan serta menjatuhkan maruah negeri.


               Rangkap 4
               Andai namamu Jebat, kita masih tidak
               menggelarnya sebagai pengkhianat
               kerana kita masih menangisi
               peta keadilan yang tersirat – nun, karam
               di lautan kesumat
               sedang warga memanggilnya keramat

               .  Maksud
                 Penyajak juga tidak menganggap Jebat sebagai pengkhianat kerana dia masih mengingati perjuangan Jebat
                 mempertahankan keadilan yang musnah kerana fitnah yang bermaharaja lela. Namun, ada orang mengagumi
                 dan menganggapnya sebagai tokoh pejuang sebenar.

               Persoalan
               •  Penilaian perlu dibuat secara adil berdasarkan konteks
                  Tindakan Jebat memberontak adalah untuk menuntut keadilan terhadap Tuah dan bukan penderhakaan
                  kepada raja.

               Nilai
               •  Keadilan – Tindakan Jebat hendaklah diadili dengan saksama dan dilihat dalam konteks menuntut keadilan.

               Pengajaran
               •  Janganlah kita membuat tuduhan melulu.
                  Orang yang menjadi penentang tidak wajar dituduh sebagai pengkhianat sebelum diselidiki kebenarannya.


               Rangkap 5
               Perang pun melecurkan lidah muslihat
               bercabang lalu bertemu bayu palsu;
               bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya
               mewarnakan keindahan pada hodohnya
               menjungkitkan amarah pada damainya
               teramat lara kita menjahit semula
               perca-perca bahagia – seperti perawan
               yang dibungkamkan cinta pertama.

                  Maksud
                  Penyajak  sedar  bahawa  peperangan  penuh  dengan  muslihat  dan  berita  palsu  yang  menghapuskan
                  kebenaran dan membenarkan yang salah. Perang juga membangkitkan keganasan dalam kehidupan yang
                  damai. Oleh itu, usaha untuk membangunkan negara dan mewujudkan keamanan  seperti dahulu menjadi
                  amat sukar.

               Persoalan
               •  Sifat mementingkan diri dalam kalangan pemimpin.
               •  Peperangan membawa kesengsaraan hidup yang sukar dipulihkan.
               •  Peperangan menyemarakkan pelbagai dakyah palsu yang menghapuskan kebenaran.

               Nilai
               •  Keinsafan – Penyajak insaf bahawa peperangan dan perbalahan tidak akan mendatangkan kebaikan.


                                                                               azan ab latif GCBM KVWT   28
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33