Page 29 - MODUL Impresif Sejadah Rindu Tingkatan 5 ( 2 SVM )
P. 29
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
Pengajaran
• Kita mestilah insaf bahawa peperangan dan perbalahan tidak akan mendatangkan kebaikan.
• Janganlah kita mementingkan diri apabila menjadi seorang pahlawan atau pemimpin.
Rangkap 6
Sehingga senja tiba,
kita masih bertengkar
tentang siapa
pahlawan sebenarnya.
Maksud
Penyajak sedar bahawa sehingga kini masyarakat masih berbalah untuk menentukan pemimpin sebenar
yang benar-benar memiliki ketokohan untuk membela rakyat dan menerajui sesebuah organisasi atau
kerajaan.
Pengajaran
• Kita mestilah bijak memilih pemimpin yang benar-benar berkewibawaan dan memiliki ketokohan untuk
menerajui sesebuah organisasi atau negara.
• Janganlah kita bertengkar dalam usaha mencapai sesuatu matlamat demi memuaskan hati samua pihak.
TEMA
Tema sajak ini ialah kepentingan kewibawaan dan ketokohan seseorang pemimpin dalam menerajui sesebuah
organisasi. Hal ini dikatakan demikian kerana pemimpin pada masa ini semakin berani memutar-belitkan
keadaan yang sebenar demi menjaga kepentingan diri. Oleh sebab itu, penulis berpendapat bahawa manusia
pada zaman moden ini masih memikirkan calon pemimpin mereka yang paling berwibawa dan berketerampilan.
BENTUK SAJAK
1. Terdiri daripada enam rangkap.
2. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama. Rangkap pertama; sebelas baris, rangkap kedua; sepuluh
baris, rangkap ketiga; sepuluh baris, rangkap keempat; enam baris, rangkap kelima; lapan baris dan
rangkap keenam; empat baris.
3. Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak sama iaitu antara dua hingga enam patah kata dalam satu
baris.
4. Bilangan suku katanya antara empat hingga tujuh belas suku kata.
5. Rima akhirnya tidak sama.
NADA
Bernada patriotik
GAYA BAHASA
1. Personifikasi
Contoh, kerana membenarkan sepasang mata
untuk berlari dengan tangan bergari
2. Anafora
Contoh, untuk berlari dengan tangan bergari
untuk sehari lagi; sambil bertanya:
azan ab latif GCBM KVWT 29

