Page 27 - MODUL Impresif Sejadah Rindu Tingkatan 5 ( 2 SVM )
P. 27
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
dalam keliru, tertanya-tanya kita
tangan mana yang memenggal
leher sang pendusta?
Maksud
Penyajak sedar bahawa kita yang hidup pada zaman ini tidak berpeluang menjadi saksi dan menilai
pertelingkahan antara mereka. Timbul perlbagai kekeliruan tentang kepahlawanan sebenar. Kezaliman
disembunyikan, tuduhan dan hukuman terhadap penentang diberikan tanpa sebab yang nyata sehingga
manusia tertanya-tanya tentang pemimpin sebenar yang benar-benar berkewibawaan dan menjadi pembela.
Persoalan
• Kekeliruan dalam menyanjung pemimpin sebenar.
• Kita mestilah bijak memilih pemimpin yang benar-benar berwibawa dalam menerajui sesebuah organisasi
atau kerajaan .
Nilai
• Rasional / bijaksana – Kebijaksanaan memilih pemimpin yang benar-benar berwibawa dalam menerajui
sesebuah organisasi atau kerajaan .
Pengajaran
• Kita mestilah bijak memilih pemimpin yang benar-benar berwibawa dalam menerajui sesebuah organisasi
atau kerajaan .
Rangkap 3
Andai namamu Tuah, kita masih
tidak mahu
menyanjungnya pendekar paling gagah
kerana takhta setia terbina
di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama
sesekali turut direntakan daki pendusta
melekatlah selumbar sengsara
di tiang maruah kota
Maksud
Sekiranya pejuang tersebut seperti Tuah, kita masih tidak dapat menyanjunginya sebagai seorang pendekar
yang paling gagah kerana kesetiaannya terhadap kerajaan bukan menjadi ukuran teguhnya neraca keadilan.
Hal ini demikian kerana kadang-kadang kesetiaan itu dimusnahkan oleh pengadu domba dan pendustaan
sehingga kesannya memberikan kesengsaraan dan penderitaan serta menjatuhkan maruah negeri.
Persoalan
• Kesetiaan terhadap negara.
Tuah menunjukkan kesetiaan terhadap pemimpin dengan melaksanakan tugas yang diperintahkan
kepadanya.
• Kesetiaan yang tidak rasional
Tuah dianggap tidak rasional kerana melaksanakan perintah yang menzalimi pihak lain sehingga
menyumbang kepada keruntuhan sesebuah organisasi atau kerajaan.
Nilai
• Keadilan –Tuah dan Jebat hendaklah diadili dengan saksama.
• Keberanian – Penyajak menyarankan kita mesti berani mencari jawapan yang sahih agar tidak membuat
keputusan yang salah.
azan ab latif GCBM KVWT 27

