Page 32 - MODUL Impresif Sejadah Rindu Tingkatan 5 ( 2 SVM )
P. 32

SEJADAH RINDU]  Tingkatan 5 / 2 SVM


               TEMA

               Kebijaksanaan  seorang  raja  dalam  usaha  menyelesaikan    kemelut  yang  berlaku  dalam  kalangan  pembesar
               negeri. Tindakan Sultan Muzaffar Syah  mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu, iaitu anak Bendehara
               Seri Wak Raja telah berjaya mendamaikan perselisihan faham antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja.


               PERSOALAN

               •  Kesetiaan rakyat kepada pemimpin.
                  Setelah mendapat perintah daripada Sultan Muzaffar Syah, Seri Amerta mencanangkan supaya orang Melaka
                  bersedia untuk berperang. Tun Perak membawa angkatan perangnya dari Kelang setelah mendapat perintah
                  daripada Sultan Muzaffar Syah.
                  Tun Kudu tidak membantah apabila dia diceraikan oleh Sultan Muzaffar Shah, kemudian dikahwinkan dengan
                  Seri Nara Diraja yang sudah tua.

               •  Keberanian menentang musuh negara.
                  Rakyat Melaka berani menentang angkatan Siam sehingga menyebabkan angkatan Siam terpaksa berundur.

               •  Kebijaksanaan menggunakan akal dan strategi.
                  Sultan  Muzaffar  menggunakan  strategi  mengahwinkan  Seri  Nara  Diraja  dengan  Tun  Kudu  untuk
                  mendamaikan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja.
                  Tun Perak mengikat puntung api pada pokok bakau, pokok nyirih dan pokok api-api di sepanjang pantai bagi
                  menakutkan pihak musuh.

               •  Perbalahan dalam kalangan pemimpin akan membinasakan negara
                  Perbalahan antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja menyebabkan orang Melayu berpecah dua dan
                  Melaka dalam keadaan bahaya.

               •  Keangkuhan kerajaan Siam
                  Kerajaan  Siam  berasa  angkuh  apabila  semua  negeri  di  bawah  angin  dapat  dikuasainya  dan  berusaha
                  menjadikan Melaka jajahan takluknya tetapi usaha tersebut bukan sahaja gagal malah anak Bubunnya, iaitu
                  Cau Pandan mati dipanah dari jauh oleh Tuan Sidi Arab.

               •  Penghargaan seorang raja kepada rakyat yang berjasa.
                  Sultan Muzaffar Syah telah menganugerahkan Bendahara Paduka Raja dan Tuan Sidi Arab persalinan setelah
                  mereka berjaya menewaskan angkatan Siam.

               •  Unsur kesaktian dalam peperangan.
                  Tuan Sidi Arab memiliki ilmu kesaktian yang tinggi hingga boleh membunuh Cau Pandan di Siam hanya
                  dengan menggunakan panahnya dari Melaka.

               •  Keberanian mempertahankan pendirian.
                  Tun Perak tidak takut apabila dipanggil oleh sultan setelah orang Kelang mengadu dia dianiaya oleh Tun
                  Perak kerana dia berada pada pihak yang benar.


               WATAK DAN PERWATAKAN

               Watak utama – Tun Perak
               Watak-watak sampingan – Sultan Muzaffar Shah, Seri Nara Diraja, Paduka Bubunnya, Tun Kudu, Tun Umar, Cau
               Pandan, Awi Cakri, Tuan Sidi Arab, Sultan Mansur Syah, Tun Nina Madi.



                                                                               azan ab latif GCBM KVWT   32
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37