Page 34 - MODUL Impresif Sejadah Rindu Tingkatan 5 ( 2 SVM )
P. 34

SEJADAH RINDU]  Tingkatan 5 / 2 SVM

               PLOT

               Permulaan
               •  Raja Siam, iaitu Paduka Bubunnya ingin menjadikan Melaka sebagai jajahan takluknya tetapi Sultan Muzaffar
                  Syah menolak keinginan kerajaan Siam tersebut.  Paduka Bubunnya menghantar Awi Cakri untuk menyerang
                  Melaka.

               Perkembangan
               •  Melaka  membuat  persiapan untuk  menentang  kemaraan angkatan  tentera  Siam.    Sultan  Muzaffar  Syah
                  mengumpul  anak  Melaka  daripada  pelbagai  tempat.  Tun  Perak  membawa  pengikutnya  bersama-sama
                  dengan  anak  dan  isteri  masing-masing  supaya  mereka  berjuang  dengan  bersungguh-sungguh.  Dengan
                  kebijaksanaan Tun Perak, Siam dapat dikalahkan dan Tun Perak dilantik sebagai bentara.
               •  Berlaku satu peristiwa  seorang orang Kelang mengadu kepada sultan  yang Tun Perak telah menganiaya
                  dirinya. Tun Perak dapat mempertahankan dirinya.  Tun Perak dilantik menjadi bendahara dengan gelaran
                  sebagai Paduka Raja.

               Konflik
               •  Pelantikan Tun Perak sebagai bendahara telah menyebabkan pergeseran Tun Perak dengan Seri Nara Diraja
                  yang tidak sehaluan. Rakyat Melaka juga berpecah. Hal ini menggusarkan Sultan Muzaffar Syah. Sebagai
                  usaha menyelesaikan pergeseran tersebut, Sultan Muzaffar Syah mencarikan jodoh untuk Seri Nara Diraja
                  yang sudah tua. Sultan menceraikan isterinya Tun Kudu, iaitu saudara  kepada Paduka Raja untuk dijadikan
                  isteri oleh Seri Paduka Raja. Perkahwinan ini telah menyelesaikan konflik antara Paduka Raja dengan Seri
                  Nara Diraja dan hubungan mereka kemudiannya semakin akrab,

               Klimaks
               •  Siam  yang  masih  tidak  berpuas  hati  datang  menyerang  Melaka  di  bawah  pimpinan  Awi  Dicu.  Sultan
                  mengarahkan Bendahara Paduka Raja  / Tun Perak dan Seri Bija Diraja untuk mengusir tentera Siam. Dengan
                  kebijaksanaan dan strategi peperangan Tun Perak, tentera Siam ketakutan dan kembali ke Siam.
               •  Sekali lagi Siam di bawah pimpinan Cau Pandan,  iaitu anak Paduka Bubunnya ingin menyerang Melaka.
                  Apabila Sultan Muzaffar Syah mengetahui berita tersebut, baginda menitahkan Tuan Sidi Arab menggunakan
                  kesaktiannya. Tuan Sidi Arab menghalakan panahnya ke benua Siam untuk membunuh Cau Pandan dari jauh.
                  Di benua Siam, Cau Pandan berasa dadahnya dipanah lalu muntah darah dan mati. Sultan Muzaffar Syah
                  memberikan anugerah kepada Tuan Siri Arab.

               Peleraian
               •  Kemangkatan Sultan Muzaffar Syah telah memerintah selama 42 tahun dan diganti oleh Raja Abdullah yang
                  bergelar Sultan Mansur Syah.


               Teknik Plot
               •  Teknik  Pemerian.  Contoh,  Pengarang  memerikan  perwatakan  Seri  Amerta.  Contoh,  Adapun  Seri  Amerta
                  asalnya orang Pasai, tanah Samudera ....
               •  Teknik dialog. Contoh,  Perbualan antara Sultan Muzaffar Syah dengan Seri Nara Diraja. Sultan bertanya
                  kepada Seri Nara Diraja tentang perempuan yang disukainya sebagai isteri.
               •  Teknik  monolog  dalaman.  Contoh,  Sultan  Muzaffar  Syah  bermonolog  dalaman  selepas  mendengar
                  penjelasan daripada Tun Perak. Contoh, Syahada, maka berkenan Sultan Muzaffar Syah mendengar kata Tun
                  Perak itu. Pada hati baginda, “Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana
                  Menteri.”
               •  Teknik imbas kembali. Contoh, Seri Nara Diraja teringat bapanya membeli azimat (cula) yang boleh digunakan
                  selepas dia  berkahwin kerana  Seri Nara Diraja sudah tua.
               •  Teknik saspens. Contoh, Pembaca tertanya-tanya sebab Tun Perak membawa angkatan perang dari Kelang
                  bersama anak isteri mereka.
               •  Teknik Kejutan. Contoh, Sultan Muzaffar Syah sanggup menceraikan  permaisuri baginda, Tun Kudu untuk
                  dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja  bagi menyatupadukan rakyat Melaka.



                                                                               azan ab latif GCBM KVWT   34
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39