Page 33 - MODUL Impresif Sejadah Rindu Tingkatan 5 ( 2 SVM )
P. 33

SEJADAH RINDU]  Tingkatan 5 / 2 SVM

               Tun Perak / Paduka Raja / Bendahara Paduka Raja

                   •   Pembesar Melaka yang menjaga daerah Kelang.
                   •   Berketurunan bendahara. Tun Perak ialah anak Bendahara.
                   •   Seorang yang bijaksana. Tun Perak mengarahkan lelaki Kelang membawa anak isteri ketika menentang
                       Siam. Tun Perak menyuruh penduduk membakar kayu-kayu bagi mengaburi mata askar Siam.
                   •   Seorang yang baik hati. Tun Perak menjaga Tun Kudu yang telah diceraikan sultan sebelum Tun Kudu
                       berkahwin semula.
                   •   Seorang yang berani dan gagah. Tun Perak berani memimpin askar Melaka menentang askar Siam yang
                       hendak menyerang Melaka.
                   •   Seorang yang berpengaruh. Tun Perak mempunyai pengikut yang menyokongnya ketika bersengketa
                       dengan Seri Nara Diraja.
                   •   Seorang yang amanah dalam menjalankan tugas. Tun Perak bersedia meletakkan jawatan sekiranya
                       sultan beranggapan beliau gagal melaksanakan tugasnya.
                   •   Seorang yang  taat akan raja. Tun Perak  mentaati perintah Sultan Muzaffar Syah supaya membuat
                       persiapan untuk mengusir tentera Siam yang berada di Batu Pahat.
                   •   Seorang yang berhati-hati dalam melakukan sesuatu tindakan. Tun Perak tidak terburu-buru menjawab
                       pertanyaan Seri Amerta kerana beliau berhati-hati dalam berbicara.


               Sultan Muzaffar Syah

                   •   Pemerintah negeri Melaka.
                   •   Berani dan berprinsip. Baginda tidak menghantar surat sembah yang diminta oleh  raja Siam, iaitu
                       Bubunnya.
                   •   Berpandangan  jauh.  Baginda  melantik  Tun  Perak  sebagai  pembesar  kerana  dapat  melihat  ciri-ciri
                       kepemimpinan pada diri Tun Perak.
                   •   Seorang  yang  mementingkan  keharmonian  Melaka.  Baginda  berusaha  mendamaikan  Paduka  Raja
                       dengan Seri Nara Diraja untuk memakmurkan Melaka.
                   •   Seorang  yang  murah  hati  dan  prihatin.  Baginda  meraikan  askarnya  yang  menang  dengan
                       menganugerahkan persalinan.
                   •   Seorang yang bijaksana. Baginda mengahwinkan Tun Kudu dengan Seri Nara Diraja bagi menyelesaikan
                       perselisihan antara Seri Nara Diraja dengan Bendahara Paduka Raja.
                   •   Baginda adil dalam pemerintahannya. Sultan Muzaffar Syah tidak terburu-buru menghukum Tun Perak
                       setelah  Tun  Perak  difitnah  sebaliknya  memanggil  Tun  Perak  untuk  menceritakan  keadaan  yang
                       sebenarnya.


               Seri Nara Diraja

                   •   Beliau memegang jawatan sebagai penghulu bendahari.
                   •   Seorang yang takut akan isterinya. Seri Nara Diraja hanya mengakui Tun Nina Madi sebagai anaknya
                       selepas kematian isterinya.
                   •   Seorang yang sering berselisih pendapat. Seri Nara Diraja sering tidak sepakat dengan Paduka Raja.
                   •   Seorang  yang  cerewet  dalam  memilih  bakal  isteri.    Tun  Kudu  merupakan  calon  keempat  yang
                       dicadangkan oleh Sultan Muzaffar Syah untuk dijadikan isteri Seri Nara Diraja.
                   •   Walaupun sudah tua, beliau berkahwin dengan Tun Kudu, bekas isteri Sultan Muzaffar Syah yang juga
                       saudara Tun Perak.






                                                                               azan ab latif GCBM KVWT   33
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38