Page 38 - MODUL Impresif Sejadah Rindu Tingkatan 5 ( 2 SVM )
P. 38

SEJADAH RINDU]  Tingkatan 5 / 2 SVM

               TEMA

               •  Kegigihan  dan  keberanian  seorang  pemuda  yang  menghadapi  pelbagai  cabaran  dan  tentangan  dalam
                  perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air. Ahmad Mutawakkil terpaksa berhadapan dengan pelbagai
                  cabaran dan tentangan dalam usahanya untuk mendapat kemerdekaan  negara.

               PERSOALAN

               •  Persoalan hubungan baik sesama manusia.
                  Ahmad Mutawakkil mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga Tuan Booth walaupun mempunyai
                  semangat antipenjajah. Tuan Booth juga mempunyai hubungan yang baik dengan penduduk kampung.

               •  Persoalan tentang kasih sayang sesama ahli keluarga
                  Tuan Booth bertindak membawa semua ahli keluarganya berpindah semasa penjajahan Jepun demi kasih
                  sayangnya kepada keluarga

               •  Persoalan tentang ketabahan dalam mengharungi pelbagai kesusahan semasa zaman perang.
                  Masyarakat kampung yang sentiasa tabah dan sabar ketika menghadapi kesusahan hidup semasa penjajahan
                  Jepun dan keganasan komunis

               •  Persoalan perubahan sosioekonomi masyarakat kampung.
                  Kedatangan Tuan Booth dan keluarga telah merubah sosioekonomi masyarakat kampung apabila beliau
                  telah membuka ladang getah dan membawa masuk buruh ke kampung itu.

               •  Persoalan tentang kisah cinta yang mendalam.
                  Sandra  yang  mencintai  Ahmad  Mutawakkil  dalam  diam  sanggup  menetap  di  kampung  itu  selepas
                  kemerdekaan dan mengajar anak-anak kampung membaca dan menulis.

               •  Persoalan tanggungjawab seorang pemimpin.
                  Imam Ngah Deraman mengambil Ahmad Mutawakkil sebagai anak angkatnya setelah Tuan Booth sekeluarga
                  pulang ke England akibat kedatangan Jepun ke Tanah Melayu.

               •  Persoalan tentang kepentingan ilmu pengetahuan.
                  Ahmad  Mutawakkil  belajar  membaca  dan  menulis  dengan  Sandra  sehingga  melayakkannya  menjawat
                  jawatan wartawan

               •  Persoalan tentang kasih sayang sesama ahli keluarga.
                  Tuan Booth bertindak membawa semua ahli keluarganya berpindah semasa penjajahan Jepun demi kasih
                  sayangnya kepada keluarga.

               •  Persoalan kepentingan sikap berdikari dalam kehidupan.
                  Ahmad Mutawakkil belajar berdikari setelah kematian bapanya, Wak Sadir dengan cara bekerja dengan
                  orang putih.

               •  Persoalan tentang ketabahan dalam mengharungi pelbagai kesusahan semasa zaman perang.
                  Masyarakat kampung yang sentiasa tabah dan sabar ketika menghadapi kesusahan hidup semasa penjajahan
                  Jepun dan keganasan komunis

               •  Persoalan tentang semangat patriotisme yang tinggi dalam diri seorang pejuang tanah air.
                  Ahmad  Mutawakkil  seorang  pemuda  yang  mempunyai  semangat  patriotisme  yang  tinggi  untuk
                  memerdekakan tanah air melalui pidato dan penulisan dalam menentang panjajahan Inggeris dan komunis.

               •  Persoalan tentang kisah cinta yang mendalam.
                  Sandra  yang  mencintai  Ahmad  Mutawakkil  dalam  diam  sanggup  menetap  di  kampung  itu  selepas
                  kemerdekaan dan mengajar anak-anak kampung membaca dan menulis.


                                                                               azan ab latif GCBM KVWT   38
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43