Page 39 - MODUL Impresif Sejadah Rindu Tingkatan 5 ( 2 SVM )
P. 39
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
• Persoalan kepatuhan masyarakat akan perintah Tuhan.
Imam Ngah Deraman dan penduduk kampung Ahmad Mutawakkil sentiasa ke surau untuk solat berjamaah.
• Persoalan keganasan komunis.
Komunis telah memperdaya, menangkap dan menembak Ahmad Mutawakkil sehingga pemuda itu cedera
parah lalu meninggal dunia di surau.
WATAK DAN PERWATAKAN:
Watak utama – Ahmad Mutawakkil
Watak-watak sampingan – Imam Ngah Deraman, Tuan Booth, Sandra, dan Penghulu Ibrahim Sigap.
Ahmad Mutawakkil
• Berusia 25 tahun ketika meninggal dunia kerana ditembak komunis.
• Anak tunggal Wak Sadir dan menjadi yatim piatu apabila bapanya meninggal dunia.
• Seorang yang pintar – Ahmad Mutawakkil boleh membaca dan menulis bahasa Inggeris yang diajar oleh
Sandra.
• Seorang yang cinta akan negara - Ahmad Mutawakkil berjuang menyedarkan rakyat untuk menentang
komunis dan penjajah.
• Seorang yang berdikari. Ahmad Mutawakkil berdikari dengan bekerja di rumah Tuan Booth.
• Seorang yang bijak merancang masa depan - Ahmad Mutawakkil belajar membaca dan menulis bahasa
Inggeris daripada Sandra ketika tinggal di rumah Tuan Booth selama 3 tahun.
• Seorang yang petah berpidato - Ahmad Mutawakkil selalu berpidato kepada penduduk kampung untuk
menyedarkan mereka supaya menentang komunis dan penjajah.
• Seorang yang berani - Ahmad Mutawakkil berani bersuara menyatakan pendapatnya kepada rakyat supaya
menentang komunis dan penjajah walaupun dinasihati oleh Tuan Booth supaya menghentikannya.
• Seorang yang sanggup berkorban - Ahmad Mutawakkil sanggup berkorban nyawa untuk mendapatkan
kemerdekaan tanah air daripada penjajah serta menentang keganasan komunis.
• Seorang yang sangat berpengaruh - Ahmad Mutawakkil dihormati dan dipilih sebagai pemimpin nombor dua
partinya.
• Seorang yang menghargai jasa - Ahmad Mutawakkil menghargai jasa Tuan Booth yang telah memeliharanya
dengan menghadiri majlis yang dibuat oleh Tuan Booth di banglonya.
• Seorang yang rasional. – Ahmad Mutawakkil tetap berbaik-baik dan menghormati Tuan Booth sekeluarga
kerana orang Inggeris itu tidak pernah memusuhinya.
Tuan Booth
• Pengurus ladang dan majikan kepada beratus-ratus orang buruh di ladang getahnya.
• Seorang yang mesra – Tuan Booth mudah tersenyum apabila bertemu dengan penduduk kampung.
• Seorang yang baik hati - Tuan Booth menjemput pasangan pengantin di kampung itu datang ke banglonya
untuk diraikan serta sanggup memelihara Ahmad di banglonya.
• Seorang yang peramah - Tuan Booth suka bersembang dan bergaul dengan penduduk di surau pada waktu
petang.
• Seorang yang penyayang - Tuan Booth membawa keluarganya yang disayangi berpindah ketika Jepun
menyerang.
Sandra
• anak Tuan Booth yang fasih berbahasa Inggeris.
• Seorang yang baik hati – Sandra mengajarkan Ahmad Mutawakkil menulis dan membaca Inggeris.
• Seorang yang penyayang - Sandra amat menyayangi Ahmad Mutawakkil dan beliau menangis apabila Ahmad
Mutawakkil dilaporkan hilang.
• Seorang yang setia - Sandra balik semula ke banglo bapanya selepas merdeka serta mengajar anak-anak
kampung itu menulis dan membaca kerana terkenang cintanya kepada Ahmad Mutawakkil.
azan ab latif GCBM KVWT 39

