Page 49 - MODUL Impresif Sejadah Rindu Tingkatan 5 ( 2 SVM )
P. 49

SEJADAH RINDU]  Tingkatan 5 / 2 SVM


               •  Persoalan rasional dalam mengambil tindakan.
                  Doktor Murni menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai doktor perubatan di hospital itu kerana
                  yakin akan ada hospital lain yang memerlukan khidmatnya.

               •  Persoalan peranan wad Unit Rawatan Rapi kepada pesakit kritikal.
                  Soleha, Al-Hafiz, bayi dan gadis yang malang itu dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi kerana memerlukan
                  rawatan yang rapi dan intensif.


               WATAK DAN PERWATAKAN

               •  Watak utama – Nusia
               •  Watak-watak sampingan – Doktor Murni, Profesor Doktor Juaidi, Tuan Besar Musa, juruteknik makmal darah,
                  Soleha, al-Hafiz, bayi buangan, mahasiswa, dan gadis yang didera.

               Nusia

               •  Nusia ialah seorang jururawat yang bertugas di Wad Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital.
               •  Seorang yang  patuh dan akur akan perintah ketua. Contohnya, Nusia menurut arahan Profesor Doktor Juaidi
                  supaya memberikan sebotol gelafundin kepada Solehah untuk menggantikan darah tulen.
               •  Seorang yang  penyayang, iaitu dia amat menyanyangi dan mengambil berat terhadap kesihatan pesakit-
                  pesakitnya.
               •  Seorang yang  bertanggungjawab. Contohnya, Nusia berusaha untuk memberikan khidmat rawatan terhadap
                  pesakitnya Tuan Besar Musa dengan penuh tanggungjawab .
               •  Seorang yang  sangat bersimpati. Contohnya, Nusia menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang
                  ditanggung oleh Solehah.
               •  Seorang yang  berfikiran rasional. Contohnya,Nusia menganggap nyawa lima orang pesakit yang kritikal itu
                  perlu diselamatkan kerana masih menggalas tanggungjawab besar terhadap anak-anak dan masyarakat.

               Doktor Murni

               •  Doktor Murni merupakan pegawai perubatan muda di sebuah hospital .
               •  Dia bertugas merawat pesakit di Wad Unit Rawatan Rapi di hospital itu .
               •  Seorang yang  mementingkan aspek kemanusiaan pesakit. Contohnya, Doktor Murni menyerahkan surat
                  peletakan  jawatan  sebagai  doktor  kerana  tidak  berpuas  hati  dengan  kaedah  rawatan  untuk  pesakit  di
                  hospital itu.
               •  Seorang yang  prihatin dan bertanggungjawab. Contohnya, Doktor Murni memaklumkan kepada Profesor
                  Doktor Juadi mengenai bekalan darah di bank hospital itu yang telah kehabisan stok .
               •  Seorang yang  bersifat tenang ketika merawat pesakit. Contohnya, Doktor Murni menasihati Nusia agar tidak
                  terlalu emosional ketika merawat Tuan Besar Musa .
               •  Seorang yang  bertanggungjawab / murah hati. Contohnya,Doktor Murni mengajak Nusia menderma empat
                  pek darah untuk menyelamatkan semua pesakit di wad Unit Rawatan Rapi.
               •  Seorang yang  berani / rasional dalam mengambil tindakan.  Contohnya, Doktor Murni menyerahkan surat
                  peletakan jawatannya sebagai doktor perubatan di hospital itu kerana yakin akan ada hospital lain yang
                  memerlukan khidmatnya.
               •  Seorang yang  berpendirian tegas. Contohnya, Doktor Murni menyerahkan surat peletakan jawatannya tanpa
                  sebarang syarat.

               Profesor Doktor Juaidi

               •  Profesor Doktor Juaidi merupakan pegawai perubatan senior di sebuah hospital.
               •  Dia merupakan ketua jabatan kepada Doktor Murni dan seorang jururawat, Nusia.
               •  Profesor Doktor Juaidi sudah berumur, bermata bulat dan berkening lebat.



                                                                               azan ab latif GCBM KVWT   49
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54