Page 76 - SK Tahun 6 Pendidikan Jasmani
P. 76
Senaman Menyejukkan Badan
Senaman Menyejukkan Badan
Amirul sering mengingatkan rakan-rakannya untuk melakukan senaman
menyejukkan badan setelah selesai melakukan senaman. Aktiviti menyejukkan
badan bertujuan untuk menurunkan suhu badan dan memulihkan kadar denyutan
nadi secara beransur-ansur kepada keadaan asal. Hal ini dapat ditentukan
melalui pengiraan kadar nadi. Selain itu, aktiviti menyejukkan badan membantu
mengelak kelesuan otot, mengurangkan rasa sakit sendi dan menyingkirkan
bahan kumuh.
Regangan otot ________ . Regangan otot ________ .
Regangan otot ________ .
Regangan otot ________ .
Nota Guru
Nota Guru
1. Bimbing murid mengira Kadar Nadi Pemulihan yang dicatatkan pada minit pertama selepas aktiviti dan seterusnya
1
minit ketiga selepas aktiviti.
2. Galakkan murid mempelbagaikan aktiviti menyejukkan badan.
3. Beritahu murid tentang kepentingan minum air yang mencukupi selepas aktiviti.
3.1.1, 3.1.2, 4.1.1, 5.2.2
68

