Page 80 - SK Tahun 6 Pendidikan Jasmani
P. 80
Sayangi Jantung
Sayangi Jantung
Lari langkah panjang
Selepas waktu persekolahan, Rabiatul dan
Janet akan berjoging untuk meningkatkan
kapasiti aerobik mereka. Kapasiti aerobik
ialah kecekapan jantung untuk mengepam
dan menyalurkan darah beroksigen ke seluruh
tubuh supaya kita dapat melakukan aktiviti Saya tidak bosan
untuk jangka masa lama tanpa berasa letih. melakukan aktiviti ini
Rabiatul serta rakan-rakan memilih latihan kerana berlari dengan
fartlek berdasarkan prinsip F.I.T.T. untuk pelbagai kelajuan.
meningkatkan kapasiti aerobik mereka.
Rancangan Latihan Fartlek
(Kumpulan Rabiatul)
Kekerapan Tiga kali seminggu (berselang hari)
senaman I N F O R M A S I
Intensiti Zon 60% – 70% daripada Kadar Jantung berfungsi mengepam
senaman Nadi Maksimum (KNM) darah untuk membekalkan
oksigen dan zat makanan
ke seluruh tubuh. Oleh sebab
Masa 20 – 30 minit
senaman fungsinya yang penting
itu, kita perlu memastikan
Jenis senaman Berjoging, berjalan, berlari pecut jantung sentiasa sihat
dengan mengamalkan cara
hidup sihat, pengambilan
I N F O R M A S I makanan seimbang dan
Alat pengukur kadar nadi digunakan untuk memantau sentiasa bersenam untuk
intensiti latihan yang telah ditetapkan. mengelakkan penyakit
jantung. Hal ini kerana,
lebih daripada 35% punca
kematian di Malaysia
disebabkan oleh penyakit
jantung.
Sumber: Kementerian Kesihatan
Malaysia (2010)
Monitor kadar nadi.
Oksimeter nadi.
72

