Page 109 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 109
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
beli tanah estet seluas 20 ekar.
Defenden telah menerima bayaran deposit tersebut dan menghantar surat meminta bakinya yang
berjumlah RM 54000 daripada plantif dalam tempoh dua minggu.
Plantif membayar baki sebanyak RM 54000 selepas dua minggu seperti tarikh yang ditetapkan
kepada defendan dan pihak defenden telah mengeluarkan resit tanda penerimaan bayaran
Defenden memulangkan RM60000 kepada plantif keranan kontrak telah batal atau ditamatkan
memandangkan plantif telah gagal menjelaskan baki dalam tempoh yang ditetapkan.
iv. Keputusan Mahkamah
Mahkamah memutuskan telah wujud kontrak dan alasan kelewatan bayaran tidak boleh dijadikan
alasan kerana defenden telah memutuskan surat meminta bayaran dan telah menerima bayaran.
2. Preston Corp. Sdn. Bhd lwn Edward Leong & Ors (1982) 2MLJ22
i. Isu Elemen Perkaitan kes
Kes ini berkenaan tawaran dan penerimaan dalam sesuatu kontrak.
ii. Isu Utama kes
Terdapat dua isu, iaitu isu bayaran tambahan kos percetakan RM 500.00 yang tidak termasuk
perjanjian dan isu hak milik filem positif percetakan.
iii. Fakta Kes
Dalam kes ini plantif(Preston) adalah sebuah syarikat penerbitan buku dan defenden (Edward
Leong) ialah sebuah firma percetakan. Plantif telah membayar semua bayaran percetakan kecuali
satu jumlah bernilai RM500 yang dikatakan ialah bayaran lebihan yang telah dicaj.
Defenden mengatakan bawah RM 500 adalah sebahagian daripada kos percetakan yang patut
ditanggung oleh plantif iaitu kos yang digunakan untuk membuat semula filem positif untuk
cetakan semula.
Plantif enggan membayar wang tersebut dan kedua-dua pihak menuntut hak milik filem positif
tersebut.
MUKA SURAT 248

