Page 122 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 122
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
5. Ketentuan Maksud – merujuk kepada terma-terma dan syarat-syarat kontrak untuk A merupakan pemilik yang sah
menjadikan kontrak sah di sisi undang-undang. ke atas rumah dan telah
Terma dan syarat kontrak mestilah jelas, nyata , terang dan tentu kepada bersetuju dengan kadar sewaan
sesiapa ianya ditujukan.
Faktor ketidaktentuan wujud jika bahasa yang kabur dan samar-samar.
Perjanjian yang gagal mencapai persetujuan terhadap perkara pokok atau
syarat utama perjanjian juga menyebabkan ketidaktentuan.
6. Keupayaan Maksud – Kelayakan seseorang untuk membuat kontrak A dan B telah memenuhi syarat
Dewasa – 18 tahun untuk membuat kontrak iaitu
Berakal Sempurna iaitu berfikrian waras dan berkeupayaan membuat dewasa dan berakal sempurna
pertimbangan yang rasional terhadap kesan atas kepentingannya.
Tidak hilang kelayakan berkontrak
3. Huraikan elemen kontrak tawaran dengan merujuk kepada kes Preston Corp. Sdn. Bhd lwn Edward Leong & Ors (1982)2MLJ22. [6]
Cadangan Jawapan
i. Elemen Perkaitan kes – Tawaran ialah satu tanda kesediaan pembuat tawaran untuk menjalin satu kontrak yang sah dan mengikat di
sisi undang-undang.
ii. Isu Utama kes - Keengganan plantif membayar sejumlah wang yang tidak termasuk dalam perjanjian dan isu hakmilik filem positif
percetakan.
iii. Fakta Kes - Dalam kes ini plantif adalah sebuah syarikat penerbitan buku dan defenden ialah sebuah firma percetakan. Plantif telah
membayar semua bayaran percetakan kecuali satu jumlah bernilai RM500 yang dikatakan ialah bayaran lebihan yang telah
dicaj.Defenden mengatakan bawah RM 500 adalah sebahagian daripada kos percetakan yang patut ditanggung oleh plantif iaitu kos
yang digunakan untuk membuat semula filem positif untuk cetakan semula.
iv. Keputusan Mahkamah - Mahkamah memutuskan bahawa isu bayaran RM500 tidak disebut dalam perjanjian dan ia tidak boleh
dikuatkuasakan dan kedua-dua pihak perlu mengemukakan bukti lebih lanjut lagi bagi isu pemilikan filem positif.
MUKA SURAT 261

