Page 123 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 123

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
             4.  Berikan empat elemen kontrak dalam Akta Jualan Barangan 1957 (Akta 382) termasuk pindaan.[4]

                Cadangan Jawapan
                 1.  Terdapat dua pihak  iaitu penjual dan pembeli dalam kontrak jualan barang-barang
                 2.  Berlaku perpindahan hak milik barang daripada penjual kepada pembeli
                 3.  Mempunyai barang sebagai perkara pokok atau  utama yang dikontrakkan
                 4.  Wujudnya  balasan ‘wang’ daripada satu pihak(pembeli) kepada pihak yang lain(penjual)

             5.  Jelaskan dua klasifikasi jualan barang-barang menurut Seksyen 6 Akta Jualan Barangan 1957(Akta 382) termasuk pindaan. [ 6]

                Cadangan Jawapan

                1.  Barang sedia ada
                      Barang yang sudah pun dimiliki dan disimpan oleh penjual dalam perniagaannya.
                      Contoh  barang yang sedia ada ialah barang yang ada di kedai runcit seperti tepung, beras, gula, telor, makanan dan sebagainya.

                2.  Barang masa hadapan
                      Barang masa hadapan ialah barang yang belum dibuat atau barang yang akan dihasilkan oleh penjual selepas kontrak jualan
                        ditandatangani
                      Contoh barang masa hadapan ialah  pembelian rumah yang masih dalam pembinaan atau tempahan pakaian seragam mengikut
                        saiz pembeli.









                                                                                                                                           MUKA SURAT 262
   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128