Page 31 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 31
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Pengarah Urusan
Pengurus Pengurus Pengurus Pengurus Sumber
Pengeluaran Pemasaran Kewangan Manusia
P PP2 PP3 PM1 PM PM3 PM3 PSM PSM PSM
P1 2 PM3 PM3 3 3 3
Para pekerja Para pekerja Para pekerja Para pekerja
Rajah : Penjabatanan Mengikut Fungsi
ii. Penjabatanan Mengikut Divisyen
Merujuk kepada mengelompokkan pekerja dalam satu jabatan bagi menghasilkan produk
yang sama, atau melayan pelanggan yang sama, atau bekerja di kawasan yang sama.
Penjabatanan ini biasanya berasaskan kepada produk, lokasi atau pelanggan.
Pekerja akan dikelompokkan kedalam satu divisyen dan aktiviti kerja hanya fokus kepada satu
produk atau kumpulan pelanggan tertentu sahaja.
Organisasi perniagaan yang menggunakan penjabatanan ini biasanya syarikat besar, syarikat
yang mempunyai pelbagai produk, kawasan pasaran yang berbeza dan pelanggan yang
berbagai.
Kelebihan penjabatanan mengikut divisyen.
1. Fokus hanya pada satu produk atau pelanggan atau kawasan tertentu (mudah dan tidak
komplek)
2. Maklumat yang diperlukan mudah dikumpul dan mudah diurus.
3. Pekerja lebih komited memajukan jabatan atau divisyen.
4. Dapat melatih dan memajukan kepakaran pekerja dalam berbagai bidang
MUKA SURAT 170

