Page 33 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 33
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
ii) Penjabatanan Berasaskan Pelanggan
Merujuk kepada aktiviti-aktiviti kerja dan pekerja dikumpulkan bersama untuk melayan
pelanggan yang sama.
Andaian untuk pembentukkan penjabatanan ini adalah pelanggan mempunyai keperluan
tersendiri dan mengahadapi masalah yang sama.
Pelanggan boleh dikelompokkan megikut kategori atau pasaran tertentu seperti pasaran kanak-
kanak, orang dewasa, remaja, keluarga, lelaki, wanita dan sebagainya.
Penjabatanan berasaskan pelanggan ini membuatkan aktiviti membeli-belah oleh pelanggan
menjadi mudah. Biasanya pasaraya mengsegmenkan kawasan membeli-belah mereka mengikut
keperluan pelanggan yang berbeza-beza. Dalam hal ini pelanggan dijangka akan mendapat
layanan yang memuaskan. Rajah di bawah menunjukkan carta organisasi penjabatanan
berasaskan pelanggan.
Pengarah Urusan
Pengurus Divisyen Pengurus Divisyen Pengurus Divisyen
Peruncitan Pemborongan Kerajaan
Rajah : Penjabatanan Berasaskan Pelanggan
iii) Penjabatanan Berasaskan Divisyen Geografi
Penjabatanan berasaskan geografi merujuk kepada aktiviti-aktiviti kerja dan pekerja
dikumpulkan bagi melakukan kerja pada satu lokasi tertentu.
Digunakan apabila operasi syarikat berada di berlainan kawasan atau tempat.
Syarikat yang berorientasikan perkhidmatan seperti bank, insuran, pendidikan dan sebaginya
biasanya mempunyai struktur divisyen berasaskan geografi.
Penggunaan struktur ini memudahkan pihak syarikat menumpukan produk mereka dengan
kehendak pelanggan yang berbeza dari kawasan yang berlainan.
MUKA SURAT 172

