Page 36 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 36

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                                            Bentuk-Bentuk Lain Struktur Organisasi
                                            i)  Struktur Berdasarkan Pasukan.
                                                 Terdiri  daripada  pasukan  kerja,  setiap  pasukan  kerja  menuju  kearah  mencapai  satu  matlamat  yang
                                                   sama.
                                                 Organisasi  pasukan  berstruktur  tidak  mempuanyai  hierarki  atau  rantaian  arahan.  Struktur  dibentuk
                                                   berdasarkan kepercayaan bahawa matlamat organisasi tidak dapat dicapai melalui individu, melainkan
                                                   akan dapat dicapai melalui kerja berpasukan.
                                                 Setiap pasukan akan mempunyai akauntabiliti terhadap prestasi syarikat.
                                                 Kebaikan berdasarkan kerja berpasukan ialah dapat meningkatkan kualiti, produktiviti dan akan dapat
                                                   membawa kepada peningkatan prestasi organisasi.

                                            ii)  Projek.
             c) Menjelaskan bentuk-           Pekerja-pekerja  akan  diberi  projek  secara  kekal.  Ianya  mirip  kepada  struktur  matrik,  apa  yang
                bentuk lain struktur          membezakannya ialah apabila sesuatu projek selesai pekerja tidak kembali kepada jabatan masing-masing,
                organisasi termasuklah        tetapi akan terus sambung dengan projek yang baru.
                struktur berdasarkan          Setiap pasukan projek, pekerja  mempunyai kemahiran yang lengkap untuk menjalankan sesuatu projek.
                pasukan, projek, unit
                perniagaan strategik        iii)  Unit Perniagaan Strategik (SBU).
                (SBU), dan organisasi            SBU boleh merangkumi keseluruhan syarikat ataupun sebahagian kecil syarikat sahaja.
                tanpa sempadan                   SBU mempunyai strategi dan juga objektif perniagaan yang berbeza dengan syarikat induk.
                                                 Eksekutif SBU bertangungjawab melaporkan kepada Pengarah Eksekutif syarikat induk.
                                                 Antara kelemahan struktur ini ialah berlaku peningkatan kos yang tinggi kerana Syarikat mempunyai
                                                   banyak SBU yang memerlukan kos pengurusan yang berasingan.


                                            iv)  Organisasi Tanpa Sempadan.

                                                 Merupakan organisasi yang tidak berstruktur kerana tidak wujud rantaian arahan, tidak ada had dalam
                                                   jangkauan kawalan dan pembinaan pasukan mengantikan penjabatanan.
                                                 Struktur  ini  menekankan  kepada  fleksibiliti  dan  tindak  balas  yang  cepat.  Organisasi  boleh
                                                   menggunakan kelebihan yang ada pada seseorang dengan lebih cekap dan berkesan.

                                                                                                                                           MUKA SURAT 175
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41