Page 38 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 38
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
iv: Pengelompokan aktiviti
Setelah aktiviti kerja secara terperinci disenaraikan dan tugas-tugas juga disenaraikan mengikut
pengelasan tertentu, maka pengurus harus mengelompok tugas-tugas yang telah dibuat pengelasan
mengikut fungsi tertentu.
Pengurus cuba mengelompok aktiviti kerja mengikut tabii kerja atau fungsi yang mudah diuruskan.
Contohnya seperti berdasarkan fungsi pemasaran, pengeluaran, kewangan dan pentadbiran.
Kerja-kerja yang berkaitan dengan jualan, promosi, iklan, penghantaran, dan lain-lain aktiviti yang
relevan dikelompokkan di bawah fungsi atau jabatan pemasaran.
Begitu juga kerja-kerja yang lain boleh dikelompokkan mengikut fungsi yang berkaitan dan mudah
diurus.
Dengan ini, penyelarasan kerja dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan dan seterusnya kos
pengeluaran akan dapat dikurangkan.
v. Pengagihan Tugas,Autoriti dan Tanggungjawab
Pengurus perlu mengagihkan tugas mengikut keupayaan dan kepakaran masing-masing.
Tugas yang diagihkan kepada pekerja seperti jurujual, juruwang, pembelian, promosi dan sebagainya
haruslah diterangkan dengan jelas.
Sumber-sumber organisasi seperti peralatan, bahan mentah, kewangan dan sebagainya juga diagihkan
kepada pekerja organisasi mengikut keperluan jabatan.
Autoriti dan tanggungjawab juga perlu diagihkan kepada pekerja agar mereka dapat menjalankan
kerja dengan cekap dan berkesan.
Apa yang harus dilakukan oleh pengurus adalah memantau dan menyelaras aktiviti kerja agar ia dapat
berjalan dengan cekap dan berkesan.
Contohnya seorang juruwang harus diberi autoriti menerima dan menyimpan wang semasa
perniagaan sedang berjalan. Penjaga setor juga perlu diberi kuasa untuk memeriksa stok barangan.
Begitu juga dengan jurujual, penghantar barang, kerani gaji dan sebagainya.
MUKA SURAT 177

