Page 40 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 40

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
             6.4.3  Konsep                  Konsep-konsep  pengorganisasian  termasuklah  autoriti,  tanggungjawab,  akauntabiliti,  pemusatan  dan
                       Pengorganisasian     pemencaran autoriti, penugasan, empowermen, autoriti lini dan staf, jangkauan kawalan, dan rantaian arahan.
                                            i)   Autoriti
                  f)   Membincangkan             Merupakan kuasa atau hak yang sah  pada pengurus  bagi membuat keputusan dan memberi arahan.
                     konsep-                     Pengurus  diberi  autoriti    sebab  mereka  merlukan  kuasa  formal  untuk  mengarah,  mengawal  dan
                       konsep                      menilai subordinat.
                     pengorganisasian            Autoriti  mengalir  dari  atas  ke  bawah.    Kedudukan  pengurus  diperingkat  atas  mempunyai  autoriti
                                                   formal yang lebih besar.

                                            ii)  Tanggugjawab
                                                 Merujuk  kepada  kewajipan  untuk  melaksanakan  tugas  yang  diserah  atau  diamanahkan  kepada
                                                   pekerja.
                                                 Apabila seseorang itu baru bekerja dalam sesebuah organisasi, ia akan diserahkan dengan  satu set
                                                   tugas  untuk  dilaksanakan.    Pengurus  mengarah  pekerja  untuk  melakukan  tugas.    Pengurus  dengan
                                                   autoriti yang ada padanya bertanggungjawab memastikan pekerja menjalankan tangungjawab mereka
                                                   dengan sempurna.

                                            iii)  Akauntabiliti
                                                  Merujuk  kepada  pekerja  yang  diberi  autoriti  dan  tanggungjawab  melaporkan  hasil  kerja  mereka
                                                   kepada  pihak  atasan  dan  seseorang  itu  boleh  dipersalahkan  sekiranya  mereka  tidak  menjalankan
                                                   tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.
                                                 Seseorang pekerja yang diberi tanggungjawab akan secara automatik mempunyai akauntabiliti.

                                            iv)  Pemusatan dan Pemencaran Autoriti
                                                  Pemusatan autoriti merujuk kepada autoriti ditumpukan atau terletak pada peringkat atas organisasi.

                                                  Segala keputusan atau arahan hanya datang dari peringkat atasan.  Pekerja tidak diberi peluang untuk
                                                   bersuara  dalam  sebarang  keputusan  yang  dibuat.    Pemusatan  dalam  membuat  keputusan  boleh
                                                   mengkordinasi aktiviti-aktiviti dalam organisasi.
                                                  Pemencaran autoriti   merujuk kepada pengagihan autoriti dimana autoriti diturunkan  kepada pihak
                                                   bawahan dalam hirarki organisasi.
                                                                                                                                           MUKA SURAT 179
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45