Page 58 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 58
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
iv. Polisi syarikat dan pentadbiran yang adil
v. Hubungan interpersonal dengan ketua, rakan sekerja dan subordinat
vi. Status pekerjaan
ii. Faktor Motivasi.
Faktor yang berkait rapat dengan pekerjaan atau kerja itu sendiri.
Ia kadangkala dikenali sebagai faktor yang memberi kepuasan.
Kewujudan faktor ini akan menyebabkankan pekerja lebih bermotivasi dan berpuashati.
Jika faktor ini tidak wujud dalam pekerjaan maka pekerja akan terus melakukan kerja seperti
biasa.
Cuma mereka tidak bermotivasi tetapi tidak pula menyebabkan berlakunya ketidakpuasan.
Diantara faktor yang berkaitan adalah:
i. Pencapaian; iaitu merujuk peluang-peluang bagi mencapai matlamat kerja yang
mencabar.
ii. Penghargaan; iaitu penghargaan terhadap sumbangan dan usaha pekerja.
iii. Tanggungjawab; iaitu pekerja diberi tugas dan autoriti bagi melaksanakan tugas
iv. Kemajuan; iaitu peluang untuk memajukan diri dan status kerja berdasarkan prestasi
kerja
v. Kerja itu sendiri; iaitu kerja yang dilakukan oleh pekerja dapat memberi kepuasan diri,
penonjolan diri dan kerja yang mencabar
Herzberg menyatakan bahawa faktor penjagaan adalah menjadi asas kepada sebarang jenis kerja yang
merupakan ganjaran ditempat kerja tetapi bukan merupakan fungsi motivasi yang kuat.
Faktor penjagaan adalah merupakan faktor ekstrinsik atau faktor motivasi luaran.
Berkurangannya kedapatan faktor ini dalam syarikat akan menyebabkan pekerja tidak berpuashati dan
mengakibatkan produktiviti menurun.
Pihak pengurusan mengawal tahap kewujudan faktor penjagaan dalam organisasi ketahap yang
berpatutan.
Kewujudan faktor motivasi pula dapat memberi dorongan kepada pekerja untuk berusaha meningkatkan
MUKA SURAT 197

